

Pemuda ‘Non-Muslim’ Kongsi Pengalaman Solat Jumaat, Raih Perhatian Ramai
Seperti yang diketahui, Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan hidup secara harmoni.
Antaranya termasuklah Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Iban dan banyak lagi suku kaum lain.
Jadi, tidak hairan sekiranya rata-rata kita mempunyai rakan daripada bangsa atau kaum yang berbeza.
Disebabkan kepelbagaian kaum ini juga menjadikan Malaysia salah satu tarikan utama pelancong luar mahupun rakyat tempatan dalam mendalami budaya kaum lain.
Bahkan komuniti setempat juga hidup dalam penuh warna-warni kaum dan bangsa.
Pemuda ‘Non-Muslim’ Kongsi Pengalaman Solat Jumaat
Baru-baru ini seorang pemuda bukan beragama Islam (non-muslim) berkongsi pengalamannya menunaikan solat Jumaat bersama rakan Muslim.
Dalam klip tersebut, Jonathan atau mesra disapa Jon telah mengikuti tiga rakannya, Houdini, Fawwaz dan Azmeer yang beragama Islam untuk menunaikan Solat Jumaat di sebuah surau yang terletak di parkir lot.
“Tetapi kamu dapat lihat, saya seorang Non-Muslim,”

Menurut Jon, ia merupakan pengalaman baharu dalam hidupnya dan tidak akan pernah melupakan momen tersebut.
Meskipun agak kekok sewaktu menelusuri saf di surau itu, rakan-rakan membimbing dan memberitahu Jon mengenai perkara asas atau adab ketika berada di rumah Allah SWT.
Antaranya termasuklah tidak berjalan di hadapan orang yang sedang menunaikan solat dan memimpinnya sewaktu mengambil wuduk.
Selain itu, Jon juga berada dalam satu saf bersama rakannya Houdini, mengikuti setiap pergerakan yang dilakukannya ketika menunaikan solat.

“Jadi, saya nak ringkaskan pengalaman saya, ia adalah satu momen yang menakjubkan.
“Terima kasih kepada Houdini, Azmeer dan Fawwaz. Pengalaman yang cukup menarik. 10 per 10 dan mungkin saya akan lakukannya lagi,” katanya dalam video itu.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang memuji perbuatan Jon termasuk rakan-rakannya membimbingnya menunaikan solat.
Bahkan, ada juga warganet yang turut memberikan tip dan saranan ketika pergi menunaikan Solat Jumaat seperti tidak memakai selipar yang mahal untuk mengelakkan daripada hilang.
Berikut adalah beberapa komen warga maya;
“Tahniah bro. Terima kasih untuk awak kerana menghormati dan usaha awak dalam mempelajari,” kata seorang pengguna.
“Bila ada kawan yang baik, itu satu rezeki. Semoga Allah bagi hidayah dan permudahkan semuanya buat kamu,” ujar seorang lagi.
“Aku tersentuh part dia mula solat tu weh. Part dia tengok member dia solat. Macam mualaf betul nak belajar solat cara tatapan dia. Semoga kau dapat hidayah bro. Lupakan perkara negatif daripada orang ramai,” komen seorang lagi.
“Langkah 1, jangan pakai selipar mahal,” nasihat seorang netizen.
@babyjonnn My first time experiencing Friday Prayers with my friends in the office! Was never afriad to try out new things and will never be! 10/10 experience would totally do it again What else would you guys want me to try out next? Comment below! #foryou #fyp #viral #fypシ゚ #malaysiatiktok #fypmalaysia #fridayprayer #solatjumaat #chinese #kl #november
Sumber: TikTok @babyjonnn
The post Pemuda ‘Non-Muslim’ Kongsi Pengalaman Solat Jumaat, Raih Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.


