
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang membuat cubaan untuk mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada awal pagi ketika para jemaah sedang melakukan solat Subuh, lelaki itu kemudian dilihat menyelinap di ruangan jemaah wanita sebelum mengangkat mangsa yang berada di saf belakang.
Susulan daripada insiden tersebut, pihak polis kemudiannya menahan lelaki berusia 19 tahun berkenaan pada 21 Februari untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Dakwaan ‘Cabul’ Budak Perempuan Dalam Masjid Ketika Solat Subuh, Polis Jalankan Siasatan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis Tahan Remaja Lelaki Disyaki Cabul Kanak-Kanak Perempuan Di Masjid
Pemuda OKU mengaku bersalah cabul budak perempuan 10 tahun
Terbaharu, pemuda yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal di Mahkamah Sesyen Ampang.
Pemuda yang dikenali sebagai Muhamad Adam Haiqal Abdullah itu membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan hakim, Norshila Kamarudin.
“Betul, faham, mengaku bersalah,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.
Mahkamah tunggu terima laporan sosial dari JKM untuk menentukan hukuman
Walau bagaimanapun, hukuman terhadap Muhamad Adam akan ditentukan pada 27 Mac sebaik pihak mahkamah menerima laporan sosial dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berdasarkan kertas pertuduhan, pemuda terbabit telah didakwa membuat amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun lapan bulan di sebuah masjid di Batang Kali, Selangor pada pukul 6.20 pagi, 21 Februari lepas.
Lelaki itu kemudiannya didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama sekiranya disabit kesalahan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun serta sebatan.
Cadang RM15,000 untuk ikat jamin, tiada waris tertuduh hadir ketika prosiding
Sewaktu prosiding berlangsung, Timbalan Pendakwa Raya, NurFadzlin Madmad Zulhasnan telah mencadangkan RM15,000 untuk mengikat jamin tertuduh dengan seorang penjamin.
“Ia termasuk melaporkan diri di balai polis dan tidak mengganggu saksi serta mangsa, bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” jelas Timbalan Pendakwa Raya itu.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 27 Mac untuk laporan sosial sebaik mendapati tiada waris tertuduh yang hadir untuk menjaminnya.
Terdahulu, pihak JKM telah mengesahkan lelaki tersebut mempunyai kad OKU masalah pembelajaran dan ia sejak kecil lagi.
Via:
Source:

![“Semua Stylish!” – Pelancong Dari Indonesia Terpegun Lihat Gaya Tudung Wanita Di Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/women-fashion.jpeg)
![Baru Umur 6 Tahun, Aksi Kanak-Kanak Menari Tradisional Ikut Rentak Lagu Buat Ramai Kagum [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)