Seorang pemuda OKU telah menarik perhatian apabila menemani warga emas dan membetulkan tudung wanita itu di dalam KTM.
Pemuda OKU betulkan tudung nenek
Video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai caen_super77 telah mengundang sebak warganet apabila masing-masing terharu dengan sikap yang ditunjukkan pemuda tersebut.
Dalam kapsyen yang disertakan, pengguan TikTok mengatakan bahawa pemuda yang sudah pasti dijamin syurga itu tetap menjaga ‘syurganya’ dengan baik.
“Dia dah tentu syurga, ditambah pula dia jaga syurga dia,” tulisnya
Ramai sebak dan doakan pemuda OKU tersebut
Pengguna TikTok itu juga mengakui dirinya belum tentu dapat melakukan hal sama seperti pemuda terbabit dan mendoakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.
“Semoga Allah mudahkan urusan keluarga ini. Aku pun tak mampu jadi macam dia,” tulisnya lagi.
Anak syurga memang sangat penyayang
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan pujian serta mengakui sebak dengan momen tersebut kerana berasa begitu kagum dengan adab serta kasih sayang ditunjukkan pemuda terbabit terhadap warga emas berkenaan.
Dalam pada masa yang sama, ada pengguna platform tersebut menyatakan bahawa pemuda di dalam video itu adalah adiknya dan warga emas bersamanya adalah nenek mereka.

Sebak tengok momen indah macam ni

Syurga buat mereka

Kasih sayang cucu & nenek

Semoga kita semua juga diberi kesempatan untuk melakukan kebaikan kepada ahli keluarga dan juga orang sekeling.
Sumber: TikTok caen_super77
The post Pemuda OKU Teman & Betulkan Tudung Nenek Dalam KTM Raih Perhatian appeared first on Borak Daily.



