Uqasha Senrose & Kamal Adli Tidak Lagi Saling Ikuti Di Instagram, Peminat Mula Spekulasi Rumah Tangga Bergolak

EntertainmentLifestyle
13 Oct 2025 • 10:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan pelakon popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, sekali lagi mencuri perhatian apabila didapati tidak lagi saling mengikuti (unfollow) di Instagram.

Tinjauan netizen mendapati carian nama masing-masing di ruangan following tidak menunjukkan hasil, menandakan kedua-duanya tidak lagi mengikuti akaun satu sama lain.

image is not available image is not available

Tindakan itu mencetuskan semula spekulasi mengenai rumah tangga mereka, meskipun sebelum ini pasangan berkenaan menafikan khabar angin kononnya hubungan mereka sedang bergolak.

Namun begitu, hasil semakan mendapati foto-foto bersama masih kekal di akaun Instagram masing-masing, menandakan tiada sebarang penghapusan kandungan atau kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.

Di media sosial, ramai peminat meluahkan rasa terkejut dan mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka terus kekal harmoni.

image is not available

“Janganlah ada berita yang mengecewakan, semoga mereka berdua baik-baik saja dan panjang jodoh,” tulis seorang pengguna Threads.

Sebagai rekod, Kamal Adli dan Uqasha Senrose bernikah pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Khayla Kamila, yang lahir pada tahun 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-10-13 07:37:56

Penyanyi Amylea Azizan Umum Sudah Bercerai - "Saya Mahu Elak Fitnah"