Pemuda UMNO, Pas beri isyarat sasar birukan Melaka

LocalPolitics
11 Oct 2026 • 10:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemuda UMNO, Pas beri isyarat sasar birukan Melaka
Afnan Hamimi (tengah) bersama barisan Pemuda Pas hadir pada pertemuan bersama Muhamad Akmal. Foto: FB Afnan
Image from: Pemuda UMNO, Pas beri isyarat sasar birukan Melaka
Muhamad Akmal menyambut mesra kehadiran Afnan Hamimi ke Melaka. Foto: FB Afnan

SHAH ALAM – UMNO dan Pas memberi isyarat meneruskan agenda penyatuan ummah menerusi pertemuan antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Perkembangan itu dikongsikan kedua-dua pemimpin itu menerusi hantaran di media sosial pada Ahad, selepas pertemuan yang disifatkan sebagai penuh persaudaraan itu.

Muhamad Akmal berkata, usaha penyatuan ummah yang dimulakan sebelum ini akan diteruskan dan dipelihara, selain menyambut baik kunjungan Afnan Hamimi bersama barisan Pemuda Pas ke Melaka.

"Kita yang memulakan, insya-ALLAH kita akan teruskan dan pelihara penyatuan ummah ini.

"Kita birukan Melaka dengan penyatuan ummah ini," katanya.

**media[3675325]**

Sementara itu, Afnan Hamimi turut menegaskan agenda penyatuan ummah akan terus digerakkan menerusi pertemuan berkenaan.

"Insya-ALLAH gelombang biru akan menerjah.

"Kat mana? Melaka lerrr,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Alor Setar itu turut berkongsi beberapa gambar pertemuan itu dengan kapsyen ringkas yang menegaskan kesinambungan agenda berkenaan.

“Malam tadi, biar gambar berbicara.

"Penyatuan ummah terus melangkah,” katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved