Pemuda UMNO sedia sambut penyatuan dengan PAS

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 1:17 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Pemuda UMNO sedia sambut penyatuan dengan PAS

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO menyatakan kesediaan untuk memperkukuh kerjasama dengan PAS menerusi agenda penyatuan ummah, termasuk menyambut cadangan penganjuran Himpunan Mega Penyatuan Ummah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, pendekatan itu bukan bermaksud kedua-dua parti perlu mengorbankan identiti masing-masing, sebaliknya mencari titik persamaan demi kepentingan masyarakat Melayu-Islam.

“Saya tidak pergi untuk mencari cinta politik. Saya pergi untuk mencari titik temu demi masa depan bangsa,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2026.

Menurutnya, UMNO dan PAS boleh kekal dengan identiti serta pendirian masing-masing tanpa menjadikan perbezaan sejarah sebagai penghalang kepada usaha kerjasama.

“Kita tidak perlu memadam sejarah, tetapi jangan pula menjadi tawanan sejarah. UMNO kekal sebagai UMNO dan PAS kekal sebagai PAS.

“Penyatuan yang matang tidak menuntut kita membuang identiti, ia menuntut kita mengurus perbezaan dengan kebijaksanaan,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda UMNO turut bersedia menyambut seruan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi untuk menggerakkan Himpunan Mega Penyatuan Ummah.

Bagaimanapun, usaha itu katanya tidak seharusnya terhenti dengan himpunan dan pertemuan di atas pentas semata-mata.

Sebaliknya, kedua-dua pihak perlu bergerak ke arah perbincangan mengenai penyelesaian terhadap isu dihadapi golongan muda menerusi Siri Rimbun sebelum semangat berkenaan dibawa ke seluruh negara melalui Jelajah Penyatuan Ummah.

Dalam masa sama, beliau menegaskan penyatuan Melayu-Islam tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat bukan Melayu.

“Membela Melayu bukan bererti memusuhi bukan Melayu. Memartabatkan Islam bukan bererti menafikan hak penganut agama lain.

“Kepimpinan Melayu-Islam yang kuat mestilah mampu berlaku adil kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

The post Pemuda UMNO sedia sambut penyatuan dengan PAS appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved