Pemulihan segmen peralatan ujian automatik diramal jadi pemangkin utama Pentamaster pada 2HFY25, kata RHB Research

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2025 • 11:07 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pemulihan segmen peralatan ujian automatik diramal jadi pemangkin utama Pentamaster pada 2HFY25, kata RHB Research

image is not available

07/08/2025 - 11:07

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pemulihan segmen peralatan ujian automatik (ATE) diramal menjadi pemangkin utama kepada lonjakan prestasi Pentamaster Corporation Bhd pada separuh kedua tahun kewangan 2025 (2HFY25) dan tahun kewangan 2026 (FY26).

RHB Research berkata, permintaan berterusan daripada pelanggan semikonduktor global akan menyokong pertumbuhan hasil dalam tempoh akan datang.

Katanya, pengurusan berkata, pelanggan semikonduktor dari Singapura, China, Eropah dan Jepun telah mula menyambung semula perbelanjaan modal (capex) dalam sistem ujian generasi baharu, termasuk peralatan penanganan ujian dan sistem burn-in.

"Permintaan yang meningkat dalam subsegmen logik dan kuasa dijangka terus menyokong tempahan kukuh sehingga hujung tahun, dengan sebahagian penukaran tempahan hanya direalisasikan pada suku pertama 2026," katanya dalam satu nota kajian.

RHB Research berkata, Pentamaster turut meningkatkan pembangunan peralatan bernilai tinggi untuk aplikasi dalam silikon fotonik dan ujian logik, yang penting dalam teknologi pembungkusan lanjutan dan rantaian bekalan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Bagaimanapun, sumbangan ketara daripada inisiatif itu dijangka hanya akan mula memberi impak pada FY26.

"Pemulihan dalam industri semikonduktor global memberi laluan kepada peningkatan tempahan dalam perniagaan ATE.

"Kami melihat isyarat positif daripada pelanggan utama, terutamanya dalam rumusan ujian berasaskan teknologi terkini,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata, walaupun FY25 dijangka menjadi tahun peralihan dengan pertumbuhan negatif, syarikat percaya hala tuju strategik dan kepelbagaian pasaran akan meletakkan Pentamaster pada kedudukan kukuh menjelang FY26.

"Kami mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM4.25 sesaham," katanya. - DagangNews.com

standard