World Bowls Series Finals: Malaysia intai kejuaraan di laman sendiri

16 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

World Bowls Series Finals: Malaysia intai kejuaraan di laman sendiri

Kelebihan tiket peluang khas meletakkan malaysia dalam kedudukan istimewa untuk majoriti barisan skuad boling padang negara melakukan penampilan sulung dalam World Bowl Series Finals.

Menerusi syarat kelompok 12 terbaik dunia, Malaysia bakal mempertaruhkan empat atlet wanita negara dan empat atlet lelaki dalam kejohanan yang mengutamakan ranking semasa itu.

Wakil wanita termasuk nombor satu dunia, Emma Firyana Saroji, manakala wakil lelaki negara yang dibarisi bekas nombor satu dunia, Izzat Syameer Dzulkeple, Muhd Naufal Azmi, Muhd Idham Amin Ramlan dan Muhd Soufi Rusli.

"Kami tidak hanya meletakkan harapan kepada pemain senior dan pelapis juga mampu melakukan sesuatu.

"Kami turut tidak meletakkan sasaran ke atas seorang peserta sahaja dan boleh dikatakan (harapan) diletakkan ke atas semua pemain agar menterjemahkan sesuatu," katanya.

Ini merupakan penampilan kedua wakil negara dalam Siri Boling Padang Dunia dan belum ada mana-mana wakil negara yang pernah bergelar juara.

Namun, dengan kelebihan beraksi di laman sendiri di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara, bekas pemain kebangsaan itu yakin saingan tersebut bakal menerima juara baru dari Malaysia Disember depan.

"Ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada kami.

"12 pemain lelaki serta 12 pemain wanita akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan sedikit sebanyak ia (memberi ruang kepada kami untuk) mencongak strategi dan sekiranya mereka menyerlah, pingat emas mungkin milik kami," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved