Penangan Baby Boy, Sasha Abdul Aziz Suka Makanan ‘Salty’, Tak Kisah Naik 7Kg - “Selepas Gugur Haritu…”

15 Apr 2025 • 10:29 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
 
Berita itu dikongsi Sasha menerusi hantaran video terbaharu di Instagram.


Bakal timang anak lelaki

 

“Syukur sangat atas pemberian Allah SWT, ada pelangi selepas kesedihan. Selepas gugur hari itu, melekat balik kemudian dapat ‘baby boy’ kali ini.

 


“Doakan kami sekeluarga ya, akhirnya dapat bagi ‘hero’ buat suamiku,” tulisnya.


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Sasha Aziz (@sashaabdulaziz)


Tak kisah naik berat, suka makan

 


Dalam hantaran seterusnya, Sasha mengakui dirinya kini amat menyukai makanan masin dan berat badannya juga naik sehingga 7kg.


 

“Simptom simptom hamil anak lelaki, saya sukakan makanan masin.
 
“Nantilah diet lepas bersalin. Sekarang saya enjoy makan, dah naik 7kg, sekian,” coretnya.

 


 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Sasha Aziz (@sashaabdulaziz)


ARTIKEL BERKAITAN:



ARTIKEL BERKAITAN:



Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.


 


Sasha sebelum ini mengalami keguguran pada Mei tahun lalu.