Penangan BASS, Orang Mula Beratur Seawal Jam 8 Pagi Bagi Hadiri Resepsi Di Muar

25 Oct 2026 • 1:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Penangan BASS, Orang Mula Beratur Seawal Jam 8 Pagi Bagi Hadiri Resepsi Di Muar

Kurang beberapa jam sebelum berlangsungnya majlis resepsi bagi pasangan selebriti Bella Astillah dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, orang ramai sudah mula berbaris bagi menghadiri majlis pasangan berkenaan.

"Seawal jam 8 pagi dah beratur panjang mcm ni nak masuk wedding BASS. Start masuk pukul 2:00 petang"

Image from: Penangan BASS, Orang Mula Beratur Seawal Jam 8 Pagi Bagi Hadiri Resepsi Di Muar

Dalam perkongsian video tular seorang pengguna Threads, memaparkan suasana di sekitar perkarangan dewan majlis yang sudah dipenuhi ribuan orang.

Dalam klip berkenaan, rata-rata mereka sudah mula beratur seawal jam 8 pagi bagi mendapatkan tempat duduk mereka bagi majlis tersebut.

Baca juga:

Reaksi warga maya

“Penangan BASS. Beratur panjang dah" tulis seorang pengguna.

“Baru ingat nak pergi, tak jadilah,” ujarnya.

"nohhhhh lamaaa tu nak kena tunggu sampai pukul 2" komen seorang pengguna.

"Dashyat orang-orang Muo" komen seorang pengguna.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah, sah bergelar suami isteri pada 10 Oktorber 2026 dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan mas kahwin RM500.

Selepas melakukan resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dihadiri kira-kira 3,000 tetamu, pasangan ingin akan mengadakan dua majlis resepsi bertemakan kenduri rakyat khusus untuk rakyat Malaysia yang akan berlangsung di Muar, Johor pada hari ini dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved