‘Tak kisah dari negeri mana pun’ – Warganet teruja kenduri Syed Saddiq dan Bella Astillah di Muar, doa majlis lancar

23 Oct 2026 • 5:45 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Tak kisah dari negeri mana pun’ – Warganet teruja kenduri Syed Saddiq dan Bella Astillah di Muar, doa majlis lancar

KENDURI Rakyat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal berlangsung Ahad ini terus menjadi tumpuan.

Menerusi perkongsian di Instagram Team Saddiq, pasangan berkenaan menjemput orang ramai untuk sama-sama memeriahkan majlis kenduri rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober ini.

Lebih menarik, tetamu yang ingin menghadiri majlis selama empat jam itu turut boleh menggunakan kod promosi khas untuk mendapatkan tawaran pengangkutan menerusi aplikasi Grab.

"Muar, jumpa ini. Yang Berhormat Syed Saddiq dan Bella Astillah menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama memeriahkan Majlis Kenduri Rakyat di Muar! 

"25 Oktober 2026 (Ahad), 2 petang hingga 6 petang di Yong Sheng Banquet Hall, Jalan Bakri, Muar, Johor

Image from: ‘Tak kisah dari negeri mana pun’ – Warganet teruja kenduri Syed Saddiq dan Bella Astillah di Muar, doa majlis lancar

"Nak datang naik Grab? Jangan lupa guna kod promo BASS25 dalam aplikasi Grab!" kongsinya.

Dalam pada itu, majlis berkenaan difahamkan terbuka kepada orang ramai tanpa mengira negeri, sekali gus memberi peluang kepada peminat dan penyokong pasangan itu untuk turut meraikan hari bahagia mereka.

"Tak kisah dari negeri mana pun, semua dijemput hadir! Jangan malu, jangan segan! Datang beramai-ramai untuk meraikan hari bahagia YB dan Bella. 

Image from: ‘Tak kisah dari negeri mana pun’ – Warganet teruja kenduri Syed Saddiq dan Bella Astillah di Muar, doa majlis lancar

"Jumpa korang di Muar!," kongsinya.

Rata-rata warganet menzahirkan keterujaan untuk hadir dan merancang untuk menggunakan pengangkutan awam. 

Tidak kurang yang berharap majlis berkenaan dapat ditonton secara langsung dalam talian dan menzahirkan rasa bangga menjadi warga Muar.

Terdahulu, pasangan yang dikenali dengan akronim BASS itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis diadakan di Menara Merdeka Maybank, di sini, pada 10 Oktober lalu.

Mereka  kemudian telah diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang telah dihadiri 3,000 tetamu.

Selain itu, turut dijadualkan majlis di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

Sumber: Instagram

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved