Penat Difitnah Terus-Menerus, Saidah Bersuara – “Kenapa Label I Gold Digger? Tak Ada Emas Untuk I Gali Pun”

EntertainmentLifestyle
25 Jun 2025 • 3:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lama mendiamkan diri, pelakon, Saidah yang juga merupakan bekas tunang pelakon, Muntazar Ghufran kembali bersuara mengenai tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Saidah ‘penat’ difitnah terus-menerus

Dapat dilihat dalam satu hantaran Threads, Saidah meluahkan rasa kesal serta kecewa dengan segala kecaman yang dilemparkan kepadanya sepanjang isu dengan bekas tunang berlaku.

Patutkah saya dedahkan semuanya atau terus berdiam diri? Saya penat dengan segala fitnah yang dilemparkan kepada saya.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, aktres tersebut turut menafikan dakwaan bahawa dirinya merupakan wanita ‘gold digger’ dan mempergunakan Muntazar.

Kata Saidah, segala keluaran wang sepanjang bersama Muntazar merupakan persetujuan kedua-dua belah pihak.

‘Tiada emas untuk saya gali’

Saya ada bukti saya bayar dia. Dia volunteer nak teman saya, bukan saya paksa. Adakah masih saya yang pergunakan dia? Kenapa saya dilabel sebagai ‘gold digger’ sedangkan tiada emas pun untuk saya gali?

Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut memperjelaskan dakwaan mengenai dirinya meminta cincin berjenama mewah sewaktu bertunang.

image is not available

Sekadar info, perbalahan antara kedua-dua pelakon itu mula tercetus selepas Saidah mendedahkan punya mereka putus tunang kerana di dalam akaun bank Muntazar hanya mempunyai RM500.

image is not available 3 weeks ago

"Saya Terpaksa Cerita, Bukan Nak Aibkan" - Saidah Anggap Isu RM500 Bekas Tunang Bukan 'Point' Utama, Tapi Gangguan Kehidupan Peribadi