Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, cadangan yang diusulkan seorang wanita berhubung masa bekerja golongan guru telah membuatkan ramai netizen di laman Threads berasa berang dan kecewa.
Wanita yang juga merupakan seorang ibu mencadangkan agar sekolah dibuka sehingga waktu malam dan guru mula bekerja secara syif.
‘Penat Jaga Anak, Kalau Dapat Hantar Ke Sekolah Sampai Malam Tenang Sikit Hidup’ – Wanita
Katanya, ini memudahkan para ibu bapa bekerja yang penat menjaga anak-anak mereka.
“Setuju tak sekolah dibuka sampai malam? Cikgu-cikgu boleh mula kerja syif. Aku rasa mesti ramai ibu bapa yang akan setuju dengan idea ni. Entahlah, penat ya jaga anak-anak ni. Kalau dapat hantar ke sekolah sampai malam tenang sikit hidup,” katanya.
‘Cikgu Macam Relax Sangat, Cuba Kerja Syif Macam Mana’ – Netizen
Apa yang lebih membuatkan golongan tenaga pengajar bengang apabila dia mendakwa kerja seorang guru adalah santai dan mempunyai lebih banyak cuti berbanding pekerja swasta.
“Cikgu pun macam relax sangat. Rasa kerja syif macam mana. Ni cuma cadangan ya. Bukan nak mengata profesion guru. Tapi cuma mewakili suara-suara ibu bapa luar sana yang penat bekerja termasuk saya.
“Tolong jangan marah. Cuti cikgu pun banyak tak macam kami kerja swasta. Sebab tu kasi cadangan kerja secara syif, bukan kerja tanpa henti dari pagi sampai malam,” katanya lagi.

“Cikgu Bukan Pengasuh, Sekolah Tempat Menimba Ilmu & Cikgu Adalah Pendidik” – Netizen
Seorang pengguna Threads menerusi satu hantarannya telah mengkitik wanita berkenaan yang beranggapan para cikgu bertanggungjawab mengasuh anak-anak sewaktu ibu bapa sibuk bekerja selain berasa kecewa dengan sikap ibu yang mengelat dalam memikul amanah menjaga anak.
“Tak faham la apa yang ada dalam otak kau kak. Kau ingat sekolah ni tempat mengasuh ke. Kau ingat cikgu-cikgu ni pengasuh ke. Sekolah ni tempat menimba ilmu dan cikgu-cikgu adalah pendidik.
“Kau kalau penat kerja cari solusi pasal anak kau. Ambil bibik (pembantu rumah). Kalau tak mampu bayar bibik jaga sendiri sebab kau sendiri yang buat anak. Bukan cikgu-cikgu suruh kau lahirkan anak,” katanya.
View on Threads
‘Guru Ada Kehidupan Sendiri, Jangan Lahirkan Zuriat Jika Tak Mampu Jaga Anak’ – Netizen
Selain itu, seorang netizen juga ada menjelaskan bahawa ibu bapa tidak sepatutnya meletakkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada guru-guru kerana pendidik ini juga mempunyai kehidupan sendiri di luar waktu persekolahan.
“Suami isteri yang dah berkahwin dan merancang untuk beranak-pinak, jangan lupa fikirkan benda ni. Guru tu pun ada kehidupan sendiri di luar sekolah.
“Bukan tanggungjawab guru untuk menjaga anak-anak kamu semua. Jangan melahirkan zuriat kalau tak mampu nak menjaga dan mendidik anak sendiri,” katanya.
View on Threads
‘Cikgu Juga Manusia Yang Tahu Erti Penat & Lelah Sama Seperti Ibu Bapa’ – Guru Tadik
Menurut seorang guru, golongan pendidik juga berasa penat sama seperti manusia lain.
“Sebagai seorang guru tadika, agak tidak setuju dengan cadangan awak. Kami pun mempunyai keluarga dan kehidupan peribadi kami sendiri. Kami pun tahu penat lelah sampai rumah nak urus keluarga.
“Ya kami ikhlas nak mengajar anak-anak murid di sekolah dari pagi sampai petang bagi yang kerja full day. Tapi kami juga manusia yang tahu erti penat dan lelah sama seperti ibu bapa yang disanjungi katanya.
Menerusi semakan kami, akaun Threads wanita berkenaan tidak lagi wujud berkemungkinan dinyahaktifkan (deactivate) selepas mendapat kecaman dan kritikan ramai.
Sebelum ini, seorang wanita turut dikritik apabila mengadu dengan penutupan sekolah akibat jerebu kerana tiada individu yang boleh memantau anak di rumah sepanjang mereka bekerja.
Baca Artikel Berkaitan: “Anak & Kerja Kami Macam Mana?” – Ibu Mengadu Sekolah Tutup Sebab Jerebu Cetus Perdebatan
Berikut antara komen-komen netizen:











![[VIDEO] Sekolah tutup…jalan KL, Selangor terus lengang](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/jln-2-1024x634.jpeg)

