Penat Jaga Hati & Berkorban Untuk Orang Lain, Abby Abadi Luah Rasa Kecewa – “Dunia Memang Tak Adil”

EntertainmentLifestyle
19 Sep 2025 • 10:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekali lagi, hantaran penyanyi dan pelakon Abby Abadi meraih perhatian warganet selepas dia meluahkan rasa terkilan apabila merasakan kebaikan dilakukannya selama ini seperti tidak dihargai.

Menerusi Threads, Abby berkata dia kini memilih untuk lebih mengutamakan dirinya sendiri selepas terlalu lama menjaga hati dan berkorban demi orang lain.

Selalu saya ni sibuk nak jaga hati orang, risaukan orang. Sibuk nak buat itu, nak buat ini untuk mudahkan urusan orang. Tapi mulai hari ini, rasa macam dah lah Abby.

image is not available

Luah Abby lain, dia merasakan seperti pengorbanannya selama ini tidak berbaloi malah turut mengatakan zaman sekarang berbuat baik pun tiada gunanya.

Orang sekarang buat baik pun tak guna. Mengalah pun nampak kalah pula. Baik layan diri je. Serius macam tak guna. Bertahun-tahun, berpuluh tahun ya, sama je takde beza. Dunia memang tak adillah.

 

View on Threads

 

Hantaran itu mengundang pelbagai komen daripada netizen yang memberi kata-kata positif kepada ahli kumpulan Elite termasuklah rakan artis yang menitipkan semangat.

Sesetengah netizen menitipkan kata semangat buat Abby untuk memberi fokus sepenuhnya dalam latihan menjelang konsert reunion kumpulan Elite, Sabtu ini.

image is not available

image is not available

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-09-10 10:35:14

Sering Bersuara 'Keburukan' Aslam, Netizen Nasihat Abby Abadi - "Sehina Dia Di Mata Puan, Dia Tak Pernah Aibkan Anak Puan Atau Puan.."