
JOHOR BAHRU – Kebakaran pencawang elektrik di Jalan Kangkar Tebrau, Kawasan Perindustrian Tebrau 4 di sini petang tadi menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan bandar raya ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor memaklumkan, jentera bomba tiba di lokasi enam minit kemudian, iaitu pada pukul 6.16 petang.
Menurut kenyataan itu, pihaknya mendapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah pencawang elektrik sebaik tiba di tempat kejadian.
“Operasi sedang dijalankan di lokasi,” menurut kenyataan tersebut.
Operasi berkenaan diketuai Komander Operasi, PBK II Fadzil dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikerahkan ke lokasi.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu setakat ini.-KOSMO! ONLINE
The post Pencawang elektrik terbakar, bekalan terputus di Johor Jaya appeared first on Kosmo Online.




![[KEMASKINI] 10 kawasan di JB ‘blackout’, pencawang TNB terbakar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-16-at-20.12.46-e1792152855683-1024x679.jpeg)

