Reman penceramah motivasi disambung lagi

5 Oct 2026 • 4:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Reman penceramah motivasi disambung lagi
Reman disambung bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan polis terhadapnya di Kangar yang diterima pada 3 Oktober.

KANGAR - Seorang penceramah motivasi direman lagi selama dua hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan polis terhadapnya di daerah ini yang diterima pada 3 Oktober lalu. 

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima laporan baharu terhadap penceramah motivasi

Pada Ahad, media melaporkan polis menerima satu lagi laporan terhadap lelaki berusia 33 tahun itu berkaitan dakwaan gangguan seksual.

Hamzah berkata, laporan itu melibatkan seorang pengadu perempuan berusia 19 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Terdahulu, penceramah motivasi itu direman dua hari bermula Sabtu lepas berkaitan laporan polis di Padang Besar sebelum dilepaskan dengan jaminan polis. 

Bagaimanapun, lelaki itu ditangkap semula oleh polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan selanjutnya. - Bernama 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved