Pencipta Kandungan, Nazz Abdullah Dilapor Kritikal, Dimasukkan Ke Hospital

18 Oct 2026 • 9:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pencipta Kandungan, Nazz Abdullah Dilapor Kritikal, Dimasukkan Ke Hospital

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Muhamad Anas bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Nazz Abdullah kini dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke hospital.

Perkara itu dimaklumkan menerusi muat naik satu hantaran di akaun rasmi beliau.

Dalam kenyataan itu, beliau dimasukkan ke kecemasan Hospital Pantai akibat ‘Severe Thunderclap Brain Headache’ sejak pagi sabtu semalam.

Nazz Abdullah Kritikal

"Setakat ni pihak hospital sudah menjalankan beberapa kali Scan di bahagian ‘Brain’ termasuk suntikan contrast, CT-Scan dan MRI.

"Tetapi masih belum menemui sebarang pendarahan otak atau sebarang punca spesifik.

"Jadi buat masa ni pihak NAZZ&CO Media ingin memohon agar follower dan peminat beliau mendoakan dan memahami sekiranya Nazz tidak dapat muncul dalam video di mana-mana platform agar beliau dapat berehat buat sementara waktu.

"Namun team kami, Alym Asri, Steven dan lain-lain akan terus melaporkan segala informasi dan berita automotif dan sebagainya dari masa ke semasa" maklum kenyataan itu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved