Pencuri kabel ketika Deepavali dicekup

10 Nov 2026 • 11:26 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pencuri kabel ketika Deepavali dicekup

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang cuba mencuri kabel laluan Putrajaya memakan diri apabila dia diberkas dalam kejadian di Jinjang Ahad lalu.

Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, suspek diberkas pada pukul 11.57 malam selepas sebuah lori yang dipercayai digunakan untuk mengangkut kabel curi dikesan memasuki kawasan berkenaan.

Katanya, penahanan itu merupakan hasil tindakan susulan selepas kejadian cubaan mencuri kabel pada 7 November lalu sehingga menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan tren Laluan Putrajaya.

“Polis Bantuan bersama pasukan operasi Laluan Putrajaya menemui sejumlah kabel bumi yang dipercayai cuba dicuri berhampiran sebuah Bulk Supply Substation (BSS), berdekatan Stesen Jinjang pada pukul 1 petang pada Ahad lalu.

“Pemeriksaan mendapati kabel berkenaan telah dipotong di lokasi lain sebelum ditinggalkan di kawasan BSS berkenaan, dipercayai untuk diambil dan dibawa keluar kemudian,” katanya.

Menurut Rapid KL, susulan itu, anggota polis meneruskan pemantauan dan intipan di kawasan sekitar termasuk sepanjang laluan antara Stesen Jinjang dan Stesen Metro Prima.

Hasil operasi tersebut, sebuah lori dikesan memasuki kawasan berkenaan sebelum serbuan dilakukan.

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit berjaya melarikan diri ketika serbuan dijalankan, manakala seorang lagi suspek berjaya ditahan anggota Polis Bantuan di lokasi kejadian.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Rapid KL memaklumkan, penahanan itu merupakan tangkapan kedua membabitkan kes cubaan mencuri kabel di kawasan operasi syarikat berkenaan dalam tempoh seminggu. – KOSMO! ONLINE

The post Pencuri kabel ketika Deepavali dicekup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved