Pendaftaran PN dibatalkan – RoS

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 9:34 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

PN

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu setelah pihaknya mengeluarkan notis pada 22 September lepas.

Setelah meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan, katanya, Pendaftar Pertubuhan mendapati bahawa alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas-asas pembatalan pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam notis tersebut.

“(PN juga) tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” katanya hari ini.

Menurut RoS, pihaknya telah mengeluarkan notis bertarikh 22 September 2026 kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].

Jelasnya, notis tersebut memberi peluang kepada PN untuk mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis tersebut.

“RoS ingin menegaskan bahawa setiap pertubuhan berdaftar bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap peruntukan Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan pertubuhan masing-masing.

“RoS juga akan terus melaksanakan fungsi kawal selia dan penguatkuasaan secara tegas, adil dan berlandaskan peruntukan undang-undang bagi memastikan tadbir urus pertubuhan yang teratur, telus dan berintegriti,” katanya. – UTUSAN

The post Pendaftaran PN dibatalkan – RoS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved