PN boleh guna logo Pas – Sanusi

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 5:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PN boleh guna logo Pas – Sanusi

ALOR SETAR – Perikatan Nasional (PN) boleh menggunakan logo Pas sebagai alternatif untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, penggunaan logo Pas tidak menjadi masalah kerana lambang parti itu sudah dikenali secara meluas oleh pengundi.

“PN boleh gunakan logo Pas untuk bertanding dalam pilihan raya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan RoS membatalkan pendaftaran PN serta implikasinya terhadap penggunaan logo gabungan itu pada PRN Melaka.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi menyifatkan tindakan membatalkan pendaftaran gabungan itu sebagai pendekatan ‘ala mafia’ yang didakwa berpunca daripada sikap terdesak kerajaan untuk menyekat kemaraan PN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

“Jarang kerajaan di dunia ini membatalkan pendaftaran parti pihak lawan, kecuali kerajaan diktator dan komunis. Malaysia ini ala mafia, mereka terdesak,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan RoS membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan gagal menyangkal asas pembatalan pendaftaran dan tidak memberikan justifikasi kukuh mengekalkan pendaftaran pertubuhan. – KOSMO! ONLINE

The post PN boleh guna logo Pas – Sanusi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved