Pendakwaan kes Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 10:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pendakwaan kes Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos

KUALA LUMPUR – Prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke 27 Ogos.

Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ismail Sabri memohon penangguhan berikutan anak guamnya berada di Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.

“Mahkamah benarkan prosiding ini untuk pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan OKT (Orang Kena Tuduh) ditangguhkan kepada 27 Ogos,,” kata Hakim Suzana.

Terdahulu media melaporkan Ismail mungkin akan didakwa di IJN di bawah akta SPRM.

Pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dijalankan di IJN yang akan diisytiharkan sebagai Mahkamah Sesyen.

Terdahulu berdasarkan carian sistem mahkamah, Ismail akan didakwa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Bagaimanapun, setakat ini butiran pertuduhan yang akan dikenakan terhadapnya belum diketahui.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat” hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025. – KOSMO! ONLINE

The post Pendakwaan kes Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved