'Pendamping dalam setiap keadaan. Terima kasih, Azizah'

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 11:54 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Pendamping dalam setiap keadaan. Terima kasih, Azizah'
Anwar berkongsi gambar terbaharu selepas menjalani rawatan dengan ditemani isterinya, Wan Azizah.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi gambar terbaharu selepas menjalani rawatan dengan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Selasa.

“Pendamping dalam setiap keadaan. Terima kasih, Azizah, kerana sentiasa di sisi,” tulisnya di Facebook.

Anwar turut berkongsi gambar sejambak bunga kurniaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena ulang tahun kelahirannya serta sebagai tanda ingatan mendoakan kesembuhan beliau.

**media[3612568]**

“Menjunjung kasih... atas kurniaan dan ingatan sempena ulang tahun kelahiran, serta doa buat kesembuhan dan keafiatan saya. Dirgahayu Tuanku!” katanya.

Anwar kini masih menjalani rawatan susulan selepas pembedahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved