
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kunjungan di Universiti Sains Malaysia pada 11 Jun 2023 lepas di dalam acara “Temu Anwar”. Antara initipati acara tersebut Datuk Seri Anwar menekankan bahawa konsep keterbukaan dalam bersuara dan mengkritik di dalam kalangan pelajar di universiti adalah suatu keperluan.
Di dalam akhbar portal Malaymail, suatu petikan yang amat penting bagi gesaan keterbukaan dalam kalangan pelajar universiti untuk menaikkan tahap piawaan yang lebih baik di universiti. Menerusi petikan yang sama, Perdana Menteri juga berhasrat untuk berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi berserta Naib Canselor universiti di Malaysia untuk memperhalusi perkara ini bertujuan dalam membentuk pelajar yang berakal ‘bebas’berbanding berakal yang ‘tertutup’ dalam pemikiran.
Namun hal yang perlu diberi perhatian sekiranya cadangan ini berhasil, satu-satunya perkara yang haris diberi tumpuan ialah pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menjadi polemik dari zaman ke zaman. Akta ini menyaksikan pelbagai sejarah tercipta dalam keterbukaan di kalangan pelajar universiti dan kolej universiti.
Dalam petikan akhbar portal FMT, menceritak secara ringkas dan padat sejarah AUKU tersebut. Akta ini menjadi suatu alat kuasa pada universiti dalam menghukum pelajar yang ‘tidak berdisiplin’ semasa menjalankan aktiviti di dalam mahupun luar kampus. Dalam usaha untuk menilai semula AUKU ini sudah beberapa kali diusahakan namun tiada hasil yang dicapai malahan terbantut dalam proses.
Berharap apa yang diucapkan, ditunaikan, bukan ditunggang denga retorik sahaja dalam kehangatan Pilihan Raya Negeri untuk memujuk anak muda memberi undi. Harapan itu menjadi murah acapkali berlaku, apa yang tinggal selain harapan?
Pada masa yang sama, organisasi atau gerakan pelajar juga harus mengesa pihak universiti dan kerajaan secara kolektif dan berstrategi untuk melihat pindaan AUKU ini menjadi kenyataan. Zaman menghunus pedang dan mengangkat senjata sudah beralih pada zaman dialog dan diskusi. Namun dialog dan diskusi itu juga hanya buang air liur jika tiada usaha yang realistik. Pihak universiti juga perlu menghasilkan pelajar yang berfikiran terbuka dan kritis bukan dari pembelajaran kelas atau program yang dicipta.
Interaksi secara semula jadi harus terjadi berserta ruang terbuka harus disediakan jika ingin seorang insan itu membina sebuah budaya rausyanfikir tersindiri bukan disuap dengan apa yang perlu bagi kepentingan sendiri.
Iman Syah adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.



