
Pilihan Raya Umum Ke-15, detik ini merupakan saat yang paling penting untuk semua rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab mengundi, bagi memilih kerajaan yang bakal menerajui pentadbiran negara.
Setiap undi kita akan menentukan wajah negara kita Malaysia pada lima tahun yang akan datang, lagi-lagi nasib masa depan semua rakyat negara kita. Oleh demikian, sebagai rakyat Malaysia kita harus mempertahankan hak mengundi kita masing-masing, menyeru semua orang untuk keluar mengundi pada 19 November 2022.
Undi untuk Selamatkan Negara kerana:
1) Kita memerlukan kerajaan yang dapat memulihkan ekonomi negara.
Ekonomi Malaysia mesti dibinakan semula secara adil dan telus, menghapuskan kelemahan yang wujud akibat rasuah.
2) Memulihkan asas negara pekara penting buat masa kini.
Memperkukuh dasar berkaitan integriti dan antirasuah, agar meningkatkan kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah antarabangsa.
3) Pembaikian celah-celah pentadbiran negara.
Perlaksanana pembaikian kelemahan pentadbiran negara dan pemantauan rapi amatlah diperlukan serta-merta, demi pengawalan masalah-masalah seperti kemiskinan, keselamatan pembekalan makanan dan inflasi. Pada masa yang sama, ia juga membolehkan kerajaan memberikan lebih tumpuan kepada agenda Kesihatan, Pendidikan, Pengangkutan, Peluang pekerjaan dan sebagainya, secara mengembalikan hak-hak ini kepada rakyat Malaysia.
4) Melindungi dan mempertahankan keharmonian hidup rakyat melalui kesejahteraan kerajaan.
Kesejahteraan kerajaan merupakan unsur utama yang penting demi memastikan keharmonian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, di mana setiap individual di negara kita hidup secara harmoni dan saling menghormati perbezaan kaum antara satu sama lain.
#SatuJari adalah nadi hati kita semua dalam mengejar kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menjalani tanggungjawab kita sebagai pengundi di #PRU15.

Kongsi pengalaman, impian atau harapan anda untuk #PRU15 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM16,500! Berminat? Ambil bahagian di sini.
Jennifer adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


