Pendapatan Express Powerr Solutions merosot kepada RM55.28 juta pada FY25

LocalBusiness & Finance
29 Apr 2026 • 6:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pendapatan Express Powerr Solutions merosot kepada RM55.28 juta pada FY25 Image from: Pendapatan Express Powerr Solutions merosot kepada RM55.28 juta pada FY25 liza29/04/2026 - 18:01 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 April – Express Powerr Solutions (M) Bhd mencatatkan pendapatan sebanyak RM55.28 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, merosot berbanding RM70.17 juta pada tahun kewangan 2024 akibat penurunan dalam aktiviti perniagaan utama kumpulan

 

Keuntungan bersih yang diperolehi pula sebanyak RM10 juta, juga merosot  berbanding RM16.6 juta pada tahun sebelumnya.

 

Syarikat yang terlibat dalam aktiviti pelaburan dan operasi berkaitan tenaga itu merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.2 juta berbanding RM22.99 juta pada FY24.

 

Dari segi kedudukan kewangan, jumlah aset kumpulan meningkat ketara kepada RM101.76 juta berbanding RM62.55 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini sebahagian besarnya didorong oleh aktiviti pengumpulan modal dan pelaburan strategik.

 

Jumlah tunai dan baki bank kumpulan turut mencatat peningkatan kepada RM18.75 juta, manakala jumlah tunai keseluruhan meningkat kepada RM33.88 juta, menunjukkan kedudukan kecairan yang lebih kukuh berbanding tahun sebelumnya.

 

Ekuiti kumpulan juga melonjak kepada RM77.55 juta daripada RM37.28 juta pada 2024, disokong oleh penerbitan saham baharu melalui tawaran awam permulaan (IPO) serta keuntungan terkumpul sepanjang tahun kewangan.

 

Dalam tempoh sama, syarikat merekodkan peningkatan aset tetap termasuk hartanah, loji dan peralatan yang mencecah RM49.09 juta, mencerminkan pelaburan berterusan dalam kapasiti operasi.

 

Dari sudut aliran tunai, kumpulan mencatat aliran tunai bersih positif daripada operasi sebanyak RM9.25 juta, walaupun sebahagiannya digunakan untuk aktiviti pelaburan besar termasuk pembelian aset dan pelaburan anak syarikat.

 

Secara keseluruhan, walaupun Express Powerr Solutions (M) Bhd menunjukkan penurunan dalam hasil dan keuntungan, kedudukan kewangan kumpulan kekal stabil dengan asas aset yang lebih kukuh, peningkatan tunai, serta sokongan daripada aktiviti pengumpulan modal melalui pasaran saham.- DagangNews.com

Terkini standard