Pendekatan komuniti perkukuh akses pendidikan

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 5:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pendekatan komuniti perkukuh akses pendidikan

HULU PERAK: Usaha mendekati masyarakat setempat menerusi pendekatan pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan terus diperkukuh menerusi penganjuran Program Santuni Menteri Pendidikan di Kampung Kuak Hulu, di sini.

Program berkenaan menjadi platform untuk menyantuni penduduk setempat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang turut membuka ruang kepada interaksi lebih dekat antara kepimpinan pendidikan dengan komuniti.

Yayasan Didik Negara (YDN) turut mengambil bahagian dalam menjayakan program itu sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan yayasan berkenaan untuk mendekati masyarakat serta mengenal pasti keperluan komuniti, khususnya dalam aspek pendidikan.

Penglibatan YDN juga mencerminkan usaha memperluas manfaat pendidikan kepada golongan yang memerlukan, selain memastikan inisiatif pendidikan dapat dirasai oleh masyarakat di pelbagai lapisan, termasuk komuniti luar bandar.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, hadir menyempurnakan program berkenaan bagi memperkukuh hubungan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dengan komuniti setempat.

Antara pengisian program termasuk Bengkel 𝘔𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴 Kulinari oleh Kolej Vokasional Gerik, Program Siswa Guru bersama keluarga angkat oleh IPGM Kampus Sultan Abdul Halim, Program Bicara Iman serta sesi ramah mesra.

Program ini turut menyaksikan pengagihan 1,000 ekor ayam dan beg makanan asas sumbangan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) kepada keluarga terpilih.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak, serta barisan pengurusan tertinggi KPM. – UTUSAN

The post Pendekatan komuniti perkukuh akses pendidikan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved