PTPTN buka ruang rundingan peminjam selesaikan tunggakan

LocalBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 2:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PTPTN buka ruang rundingan peminjam selesaikan tunggakan

PETALING JAYA – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mempunyai tunggakan pinjaman boleh membuat penstrukturan semula dengan bayaran serendah 20 peratus daripada jumlah tunggakan atau minimum RM1,000.

PTPTN berkata, tawaran itu merupakan antara kemudahan yang disediakan menerusi program Bulan Mesra Peminjam (BMP) PTPTN 2026 yang berlangsung dari 1 November hingga 15 Disember ini.

Katanya, inisiatif tersebut bertujuan memberi peluang kepada peminjam mendapatkan khidmat nasihat serta berunding bagi menyusun komitmen bayaran balik mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

“Antara kemudahan yang ditawarkan ialah, rundingan dan khidmat nasihat kewangan di kaunter pejabat PTPTN negeri dan cawangan sempena Kempen Lestari Pendidikan melalui penstrukturan semula
pinjaman.

“Tawaran bayaran serendah 20 peratus atau RM1,000 daripada keseluruhan tunggakan yang mana lebih tinggi bagi tujuan penstrukturan semula pinjaman atau penggabungan pinjaman dan pertukaran ujrah,” jelasnya PTPTN dalam kenyataan hari ini.

PTPTN memaklumkan, waktu operasi kaunter pejabatnya seluruh negara turut dilanjutkan dari 1 hingga 15 Disember ini.

Jelasya, bagi kebanyakan negeri kaunter akan beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat, manakala di Terengganu, Kedah dan Kelantan, operasi berlangsung dari Ahad hingga Khamis pada waktu sama.

Selain itu, beberapa pejabat terpilih turut dibuka pada 5 dan 12 Disember ini, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

“PTPTN juga melaksanakan pendekatan proaktif iaitu inisiatif #PTPTNSediaBantu bagi memudahkan peminjam berurusan dengan menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan.

“Peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui saluran careline (03 – 2193 3000), live chat, e-Aduan PTPTN, eksekutif jualan serta media sosial rasmi PTPTN,” jelasnya.

Sehubungan itu, PTPTN menyeru semua peminjam supaya memanfaatkan peluang sepanjang BMP 2026 bagi mendapatkan khidmat rundingan dan menyusun semula komitmen bayaran balik berdasarkan kemampuan kewangan. – KOSMO! ONLINE

The post PTPTN buka ruang rundingan peminjam selesaikan tunggakan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved