Gelandangan minta duit sambil bawa parang akhirnya ditangkap

10 Sep 2026 • 1:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gelandangan minta duit sambil bawa parang akhirnya ditangkap

SUNGAI PETANI – Kebimbangan penduduk mengenai kehadiran seorang lelaki yang berlegar-legar sambil membawa objek dipercayai parang di Taman Pekan Baru, di sini berakhir selepas ditahan polis malam tadi.

Menerusi satu video tular, lelaki itu dilihat menghampiri sebuah kereta dipercayai untuk meminta wang sebelum menjerit selepas pemandu tersebut enggan melayan permintaannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menahan suspek berusia 44 tahun itu berhampiran sebuah restoran nasi kandar kira-kira pukul 11 malam tadi.

Katanya, suspek yang berasal dari Bakar Kapor, di sini dikesan selepas video kejadian itu tular di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

“Suspek merupakan gelandangan dan tiada rekod masalah mental. Semasa tangkapan, tiada senjata dijumpai bersama lelaki itu,” katanya hari ini.

Menurutnya, pihaknya bagaimanapun belum menerima sebarang laporan rasmi daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, kita meminta mana-mana individu yang pernah diganggu, diugut atau berdepan dengan suspek supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai tidak hanya menyebarkan kejadian di media sosial kerana laporan rasmi amat diperlukan bagi membolehkan polis mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kes dadah dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Gelandangan minta duit sambil bawa parang akhirnya ditangkap appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved