Penduduk Kg Tungou bimbang tanah runtuh

14 Jan 2023 • 12:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Kemungkinan besar berlakunya tanah runtuh mencetuskan kebimbangan kepada penduduk Kg Tungou yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Ranau di sini pada Jumaat.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku secara beransur-ansur juga boleh menyebabkan laluan utama (jalan) antara Ranau-Tambunan terputus sama seperti yang berlaku di jalan Ranau – Sandakan baru-baru ini.

Penduduk merayu agar Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau dan mengambil tindakan pembaikan segera terhadap kejadian tanah runtuh yang mengancam keselamatan bangunan kediaman, harta benda dan nyawa penduduk.