
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari menerbitkan anggaran penduduk Malaysia akan mencecah ke 34.4 juta penduduk menjelang penghujung 2026 berbanding 34.2 juta penduduk tahun lalu. Kadar pertumbuhan penduduk adalah hanya 0.5% yang semakin perlahan disebabkan kadar kesuburan menurun dan populasi yang semakin tua. Median umur di Malaysia naik ke 31.7 tahun.

Daripada jumlah ini 31.0 juta penduduk adalah warganegara dengan pertumbuhan 0.6% dengan baki pula adalah bukan warga negara yang mencatatkan penyusutan 0.2% tahun ini. Nisbah lelaki kepada wanita pula ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Secara keseluruhan terdapat 18 juta penduduk lelaki dan 16.4 juta penduduk perempuan.
Negeri dengan jumlah penduduk tertinggi ialah Selangor (7.5 juta), diikuti oleh Johor (4.2 juta), Sabah (3.8 juta), Perak (2.6 juta) dan Sarawak (2.5 juta). Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang masih lagi negeri dengan kepadatan penduduk tertinggi di Malaysia.
Pembahagian penduduk Malaysia mengikut kaum ialah 70.7% adalah bumiputera, 22% Cina, India 6.5% dan lain-lain 0.8%. Jika peratusan Bumiputera dipecahkan, 58.4% adalah Melayu dan 12.3% adalah bumiputera lain. Berdasarkan angka ini ketakutan Malaysia diambil alih bangsa asing bukan sahaja mustahil tetapi jelas tidak masuk akal.






