Penduduk teruja pembukaan Mydin Mart Port Dickson

Business & Finance
15 Sep 2026 • 2:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penduduk teruja pembukaan Mydin Mart Port Dickson
Abdul Fatah (lima dari kanan) dan Ameer (empat dari kanan) memotong reben merasmikan pembukaan Mydin Mart Port Dickson.
Image from: Penduduk teruja pembukaan Mydin Mart Port Dickson
Abdul Fatah (kanan) menerima buku sejarah Mydin yang disampaikan oleh Siti Hawa dan Ameer.
Image from: Penduduk teruja pembukaan Mydin Mart Port Dickson
Ameer (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelanggan Mydin Mart Port Dickson.
Image from: Penduduk teruja pembukaan Mydin Mart Port Dickson
Ameer (kanan) dan Abdul Fatah (tiga dari kiri) bersama pelanggan menunjukkan ayam RM1 yang ditawarkan pada hari pertama pembukaan Mydin Mart Port Dickson.

PERUNCIT dan pemborong Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) terus memperluaskan pasarannya apabila membuka cawangannya yang ke-86 menerusi pembukaan Mydin Mart Port Dickson.

Pembukaan cawangan baharu Mydin Mart terbabit pada Selasa sememangnya dinanti-nantikan terutama oleh penduduk setempat apabila seawal jam 7 pagi, mereka sudah mula beratur.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bagan Pinang, Abdul Fattah Zakaria dan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.

Hadir sama, isteri Ameer, Datin Wira Dr Siti Hawa Mohd.

**media[3648309]**

Warga emas, Nin Sani, 66, yang menjadi antara pelanggan terawal tiba di situ berkata, dia teruja apabila mengetahui Mydin Mart akan dibuka di kawasan Port Dickson.

Menurutnya, sebelum ini dia perlu ke Seremban untuk mendapatkan barangan di Mydin yang mengambil masa perjalanan lebih setengah jam.

“Sebelum ini kalau nak pergi Mydin, saya kena pergi Seremban. Saya selalu berharap supaya Mydin buka di Port Dickson dan akhirnya, alhamdulillah, tahun ini ia dibuka di sini.

“Sebab itulah selepas selesai solat Subuh, saya dan isteri bersiap-siap untuk ke sini supaya kami menjadi antara orang terawal sampai,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

**media[3648310]**

Pesara tentera, Mohd Hanafi Kamis, 52, dari Taman Desa, Port Dickson pula berkata, beliau mengetahui mengenai pembukaan cawangan berkenaan menerusi kumpulan WhatsApp taman perumahannya.

Ujarnya, Mydin sememangnya menjadi pilihannya untuk membeli barangan keperluan kerana tertarik dengan harga yang ditawarkan.

“Saya pilih Mydin sebab harga barangannya murah dan selalu ada diskaun.

“Terima kasih Mydin kerana memilih kawasan Port Dickson untuk membuka cawangan baharu,” katanya.

**media[3648311]**

Sementara itu, Ameer berkata, Mydin Mart Port Dickson merupakan cawangan ke-86 rangkaian pasar raya berkenaan.

Menurutnya, pemilihan Port Dickson sebagai lokasi pembukaan cawangan baharu mereka kerana daerah berkenaan menjadi tumpuan orang ramai, terutama ketika musim cuti persekolahan.

"Insya-ALLAH kita akan buka dua lagi cawangan Mydin Mart di kawasan Port Dickson.

"Sebenarnya, kita mendapat banyak permintaan untuk membuka konsep Mydin Mart ini kerana pelanggan kata susah untuk mereka pergi ke pasar raya Mydin yang hanya berada di lokasi tertentu saja,"katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan pembukaan sebanyak 30 cawangan Mydin Mart tahun ini dan jumlah sama turut disasarkan pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, sempena pembukaan cawangan ke-86 Mydin Mart Port Dickson, pelbagai tawaran istimewa disediakan kepada pelanggan bermula 15 September hingga 11 Oktober.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved