Penerbangan MH89 dibatalkan berikutan masalah teknikal, penumpang dan kru selamat - Malaysia Airlines

20 Aug 2026 • 4:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penerbangan MH89 dibatalkan berikutan masalah teknikal, penumpang dan kru selamat - Malaysia Airlines
Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH89 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo ke Kuala Lumpur tidak meneruskan proses berlepas pagi tadi susulan masalah teknikal melibatkan satu daripada enjinnya - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines hari ini mengesahkan penerbangan MH89 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo ke Kuala Lumpur tidak meneruskan proses berlepas pagi tadi susulan masalah teknikal melibatkan satu daripada enjinnya.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata semua penumpang dan kru di dalam pesawat berkenaan juga selamat.

"Penerbangan itu kemudiannya dibatalkan dan pesawat sedang menjalani pemeriksaan teknikal menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Malaysia Airlines berkata semua penumpang yang terjejas dibantu untuk urusan perjalanan seterusnya dan akan ditempatkan dalam penerbangan tersedia yang berikutnya.

"Makanan, akses lounge dan penginapan hotel turut disediakan jika berkenaan, manakala urusan perjalanan alternatif sedang dibuat untuk penumpang yang terjejas,” katanya.

Syarikat penerbangan itu memohon atas kesulitan yang berlaku, selain menghargai kesabaran dan pemahaman penumpang sepanjang menghadapi situasi berkenaan.

"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru kekal menjadi keutamaan tertinggi syarikat penerbangan ini,” katanya.

Terdahulu dilaporkan asap hitam kelihatan dari pesawat berkenaan ketika ia bergerak menuju landasan lapangan terbang itu kira-kira 10.40 pagi waktu tempatan di Tokyo. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved