Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Perbuatan kejam seorang penganggur yang sanggup meliwat sebelum membunuh bayi lelaki asuhan isterinya berusia sembilan bulan akhirnya mendapat balasan setimpal apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya hari ini.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah bersama Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Artikel berkaitan: Suspek L*wat, Kurung Remaja Lelaki 14 Tahun Di Bukit Kemuning Sudah Ditahan Polis
Artikel berkaitan: 6 Beradik Penganggur Berdepan Hukuman Gantung Atas Pertuduhan Edar D*dah
Ia sekali gus mengetepikan hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini terhadap tertuduh, Mohamed Badruldin Mohamed, 41.
Ketika membacakan penghakiman, Hakim Hayatul Akmal menyifatkan hukuman terdahulu sebagai tidak memadai memandangkan laporan bedah siasat serta ujian asid deoksiribonukleik (DNA) jelas membuktikan mangsa telah diliwat sebelum meninggal dunia akibat dilemaskan (smothering).
“Perbuatan responden menunjukkan keganasan melampau, sangat kejam, tiada perikemanusiaan, dan pengabaian terang-terangan terhadap nyawa seorang bayi yang tidak berdosa, serta mengkhianati amanah keluarga.
Mesej yang jelas mesti disampaikan kepada responden sendiri serta orang awam bahawa jenayah seperti ini amat dibenci dan hukuman terakhir yang setimpal ialah hukuman mati,” tegasnya.
Menurut mahkamah, Mahkamah Tinggi sebelum ini terlepas pandang sifat keji jenayah berkenaan apabila terlalu memberi tumpuan kepada faktor mitigasi tertuduh yang kononnya mahu kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi bapa lebih baik.
Terdahulu, pada 24 November tahun lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan selepas mengaku bersalah meliwat dan membunuh bayi malang berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada April 2021.
Sumber: Kosmo!
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



