Penganggur potong kabel telekomunikasi kena 7 bulan

27 Jan 2024 • 3:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang penganggur dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, Jumaat, kerana melakukan khianat dengan memotong kabel telekomunikasi.

Muamar Abdul, 37, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan memotong kabel tembaga 1.5 meter kepunyaan Telekom Malaysia jam 9.10 malam pada 22 Jan tahun ini di Tang Dynasty, Sadong Jaya.

Pertuduhan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut pegawai pendakwa, Inspektor Kelvan Elson Maik, pengadu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut menerima maklumat daripada seorang juruteknik mengenai gangguan isyarat di kawasan itu.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more Pengadu bersama rakannya terus ke tempat kejadian dan mendapati terdapat individu di kawasan berkenaan. Mereka segera menghubungi polis dan melaporkan kejadian itu.

Apabila tiba di lokasi kejadian, polis mendapati sejumlah empat lelaki memotong kabel Telekom Malaysia (TM). Menyedari kehadiran polis, mereka terus melarikan diri.

Bagaimanapun, Muamar berjaya ditangkap. Polis turut merampas satu kabel Telekom Malaysia bersama peralatan yang digunakan untuk memotong kabel terbabit.

Peguam Dilantik Carmen Khoo, yang mewakili Muamar, merayu hukuman ringan, dengan mengatalan dia bekerja sebagai nelayan dan peranannya bagi menyokong kewangan ibu bapanya.

Dia juga berkata Muamar adalah pesalah kali pertama.

Inspektor Kelvan memohon hukuman pencegahan dan mengarahkan eksibit dipulangkan dan peralatan dilupuskan.

Di mahkamah berasingan, seorang lelaki berusia 40 tahun didakwa kerana menyerang seorang lelaki.

Shamri Nurhasad mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seseorang bernama Marudin dengan menumbuknya di bahagian mata kiri pukul 3 petang pada 16 Jan di sebuah bengkel, di sini.

Shamri didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 8 Feb untuk pengurusan kes dan membebaskan Shamri dengan ikat jamin RM1,000 beserta dua orang penjamin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.