
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Program RXZ Members sememangnya tidak asing lagi dalam dunia permotoran.
Namun setiap kali penganjuran acara perhimpunan motosikal terbesar negara itu diadakan, pasti kedengaran kemalangan melibatkan segelintir peserta program hingga ada yang meninggal dunia.
Penganjur RXZ Members Tukar Slogan, Dari Yang Kental Pasti Sampai Menjadi Yang Santai Pasti Sampai
Terbaharu, penganjur RXZ Members dalam satu hantaran di Facebook RXZ Members-Official memaklumkan slogan ‘Yang Kental Pasti Sampai’ ditukarkan kepada ‘Yang Santai Pasti Sampai’.
Malah dalam hantaran sama, mereka turut meletakkan tanda pagar #zerokemalanganmaut dipercayai sebagai satu kempen untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa.
Penukaran Slogan Semai Budaya Tunggangan Berhemah Dalam Kalangan Peserta
Memetik Kosmo, slogan yang telah digunakan sejak sembilan tahun lalu dan amat sinonim dengan perhimpunan tersebut dimansuhkan sempena penganjuran edisi kelapan yang akan diadakan pada Jumaat (31 Julai) sehingga 1 Ogos depan di Litar Permotoran, Gong Badak, Terengganu.
Jelas penganjur RXZ Members 8.0, Mohamad Faizal Mat Ali, penukaran slogan dibuat bagi menyemai budaya tunggangan berhemah dalam kalangan peserta
Tambahnya, sebagai penganjur, mereka mahu memastikan keselamatan peserta yang kebanyakannya terdiri daripada motosikal Yamaha RXZ.
“‘Yang Santai, Pasti Sampai’ bukan sekadar slogan baharu tetapi kita mahu menyampaikan mesej agar semua peserta lebih berhemah di jalan raya.
“Kalau boleh, kita menyasar matlamat sifar kemalangan dalam kalangan peserta RXZ Members pada kali ini.
“Apa yang penting, mereka menyertai program ini dengan selamat dan juga apabila pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya yang dipetik dari Kosmo.
Tegas Mohamad Faizal lagi, pihaknya mahu budaya menunggang dengan selamat itu menjadi keutamaan peserta yang terlibat.
Penganjur Turut Ajak Influencer Jayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya
Malah sebelum ini, pentadbir akaun FB itu juga turut menjemput mana-mana influencer membuat satu video peringatan mengenai keselamatan jalan raya sebagai kempen #zerokemalangan maut.
5 Kematian Direkodkan Libatkan Peserta Himpunan RXZ Members 7.0
Sekadar info, sebanyak lima kematian direkodkan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 yang diadakan pada 23 Ogos 2025.
Kesemua mereka maut ketika dalam perjalanan pergi dan balik acara tersebut yang diadakan di lokasi sama pada tahun ini.
Angka ini mencatatkan peningkatan sebanyak dua kematian berbanding Himpunan We Are RXZ Members 6.0 pada 13 September 2024 yang merekodkan tiga kematian.
Baca Artikel Berkaitan: Perhimpunan ‘We Are RXZ Members’ Masih Boleh Diteruskan Dengan SOP, Jelas JSPT Bukit Aman
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih PMX” – Anwar Sokong Penganjuran RXZ Members 7.0, Salur Peruntukan Awal RM100,000
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Hanya RXZ, Owner Superbike Dedah Berdepan Tindakan Jika Buat Kesalahan Jalan Raya [Video]






