Pengantin Dakwa Ditipu Bride Assistant, Dah Bayar Penuh Tapi Tak Datang Majlis Sanding

10 Sep 2025 • 1:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Buat mereka yang bakal bergelar raja sehari, sudah pastinya mahu memberi yang terbaik ketika mengadakan majlis perkahwinan.

Oleh sebab itu, ada yang tidak kisah untuk berhabis wang ringgit agar segalanya berjalan lancar dan nampak sempurna.

Kadangkala, apa yang dirancang tidak menjadi seperti yang diiimpikan dek kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang suka menipu dan mengambil kesempatan.

Wanita Upah Pembantu Pengantin & Buat Bayaran Penuh Sebelum Majlis Persandingan

Itulah yang didakwa dihadapi oleh seorang wanita yang baru sahaja bergelar raja sehari apabila dia ditipu oleh seorang pembantu pengantin (bride assistant) dari Ipoh, Perak.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh wanita berkenaan di Threads @ili.amana yang meluahkan rasa kecewa kerana ditipu oleh pembantu pengantin yang diupahnya bagi majlis persandingan pada 28 Jun lalu.

Bayar Deposit RM100 & Baki Bayaran RM200 Sebelum Majlis

Apa yang menjadi perhatian adalah wanita yang dikenali sebagai Ili itu telah membuat bayaran deposit RM 100 ketika tempahan dan baki bayaran sebanyak RM200 empat hari sebelum majlis berlangsung seperti yang diminta oleh pembantu pengantin berkenaan.

Malah, perbualan WhatsApp di antara mereka juga nampak seperti biasa dan ‘mesra’ seakan tiada tanda bahawa pembantu pengantin yang digelar sebagai Atie itu adalah scammer.

Pembantu Pengantin Tidak Muncul Di Hari Bahagia, Cuba Hubungi Tapi Tiada Respon

Kemuncaknya, pada hari persandingan Ili pada 28 Jun lalu, Atie tidak tiba malah langsung tidak memberikan respon apabila dihubungi.

Dakwa Ili, dia telah cuba menghantar mesej dan menelefon berkali-kali. Malangnya, tiada respon dari pembantu pengantin tersebut.

Namun, dia tetap meneruskan majlis persandingan tanpa kehadiran pembantu yang diupah olehnya.

Hubungi Semula Pembantu Pengantin Selepas Dua Bulan, Minta Pulangkan Duit

Setelah dua bulan berlalu, Ili kemudiannya menghubungi semula pembantu pengantin berkenaan untuk mendapatkan duit yang telah dibayar sebanyak RM300 pada 13 Ogos lalu.

BA itu mendakwa dia boleh memulangkan kembali wang tersebut namun dia meminta tempoh selama dua hingga tiga minggu memandangkan telah mengguna wang yang banyak untuk refund kepada pelanggan.

Pun begitu, Ili mendakwa sehingga ke hari ini pembantu pengantin berkenaan masih senyap dan tiada permohonan maaf kepadanya.

“Dia tak pernah explain pun kenapa dia tak datang majlis i sedangkan i dah bayar full payment.

“Pagi masa tengah make up dan bersiap untuk bersanding tu i jadi anxious (cemas), takut sebab i plan ambik bride assistant (BA) ni untuk mudahkan urusan i masa majlis, i tak payah harapkan family or kawan-kawan untuk bantu bride, nak family and friends enjoy majlis,” kongsinya.

Ramai Dakwa Dah Terkena, Ada Yang Dah Bayar Deposit Untuk Majlis

Perkongsian yang telah mendapat lebih 150,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan Ili kerana terpaksa berhadapan dengan situasi sebegitu di hari bahagianya.

Namun apa yang mengejutkan ada pengguna media sosial mendakwa ramai yang sudah menjadi mangsa pembantu pengantin tersebut.

Bukan itu sahaja, ada segelintir yang mendakwa telah membuat bayaran deposit bagi menggunakan perkhidmatannya di hari bahagia mereka nanti.

Ada juga yang menasihatkan agar Ili membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya benar dia ditipu oleh BA berkenaan.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Serius Ke? Saya Pun Booking Dia Cuma Baru Bayar Deposit RM50”

image is not available

“Awak, Dia Ni Dah Banyak Isu Tau, Dalam Group Dia Senyap je Bila Semua Tanya”

image is not available

“Awak Boleh Report Dekat KPDN, Lepas Buat Aduan, Pegawai Akan Call Sis”

image is not available

“Lain Kali Jangan Bayar Full Selagi Tak Sampai, Kalau Dah Sampai Baru Bayar Full”

image is not available

Source: