Pengantin perempuan terima hantaran jengkaut, Tank

11 Aug 2026 • 10:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengantin perempuan terima hantaran jengkaut, Tank

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di wilayah Jawa Tengah tular di media sosial selepas pengantin lelaki menghadiahkan pelbagai jenis kenderaan termasuk sebuah jengkaut,  lapor saluran berita CNN Indonesia.

Majlis perkahwinan pasangan Rico Putra Roberto Syah, 23 dan Laella Nur Fadhilah, 20  berlangsung di Dusun Larangan, Grobogan, baru-baru ini.

Selain jengkaut, Rico menyerahkan kenderaan pacuan empat roda GWM Tank, sebuah kereta Honda Brio, dua buah motosikal iaitu Yamaha YZ dan Vespa Primavera, serta wang tunai  lebih dua juta rupiah (RM459) berdasarkan tarikh perkahwinan mereka.

Secara keseluruhan, nilai hantaran mencecah berbilion-bilion rupiah.

“Pemberian kereta sudah menjadi perkara biasa. Sebab itu saya mahu mencuba sesuatu yang berbeza dan belum pernah dilakukan  orang lain,” kata Rico dipetik detikcom. 

Menurut Rico, pemilihan jengkaut  sebagai hantaran perkahwinan  adalah selari dengan perniagaan yang diusahakannya iaitu menyewa jentera berat. 

Kesemua kenderaan tersebut ditempatkan di halaman rumah pengantin perempuan dan bakal digunakan untuk kegunaan harian mereka.

Kata Rico, perkahwinan  luar biasa itu merupakan inisiatif peribadinya sebagai simbol penghargaan, tanda kasih sayang serta bukti kesediaan untuk menyara isterinya. – AGENSI

The post Pengantin perempuan terima hantaran jengkaut, Tank appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved