Pengarah NGO direman kes pecah amanah RM85,468

21 Nov 2026 • 12:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengarah NGO direman kes pecah amanah RM85,468
Pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditahan kerana disyaki melakukan pecah amanah melibatkan wang pertubuhan berjumlah RM85,468

KANGAR - [DIKEMAS KINI] Pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditahan kerana disyaki melakukan pecah amanah melibatkan wang pertubuhan berjumlah RM85,468 direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, perintah reman terhadap lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar Rashidah Azmi.

Sebelum ini, Hamzah mengesahkan penahanan suspek oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di pintu ketibaan domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 11.05 pagi semalam.

Beliau berkata, NGO tersebut beralamat di Perlis dan wang RM85,468 itu dipercayai dipindahkan menerusi 32 transaksi ke akaun peribadi suspek dari 2 Mac hingga 20 Julai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. - Bernama

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved