Polis tahan 11 lelaki bantu siasatan kes gaduh di Sandakan

17 Nov 2026 • 4:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tahan 11 lelaki bantu siasatan kes gaduh di Sandakan

Kes pergaduhan dipercayai bersenjatakan senjata tajam di Sandakan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Daerah ACP George Abd Rakman.

SANDAKAN: Polis menahan 11 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki, dipercayai bersenjatakan senjata tajam di kawasan Pasar Bandar Ramai-Ramai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata kesemua suspek berusia antara 15 hingga 46 tahun terdiri daripada lima warga tempatan dan enam warga Filipina, ditahan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi talian kecemasan NG999 pada 7.36 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan lelaki, yang bermula kira-kira 12.30 tengah malam hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

George berkata perselisihan faham itu berlarutan sehingga mencetuskan satu lagi pergaduhan, dengan video kejadian berkenaan tular di media sosial.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Polis meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu, kerana boleh mengganggu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved