Telekung wanita merupakan pakaian yang direka khas untuk kaum Muslimah menunaikan solat dengan selesa dan menutup aurat.
Telekung Siti Khadijah antara pilihan ramai wanita kerana dikenali dengan kualiti tinggi, rekaan yang elegan, dan selesa untuk dipakai.
Selain itu juga, cogan kata atau tagline yang digunakan oleh jenama berkenaan menarik perhatian ramai.
Menurut pengasas jenama berkenaan, Puan Padzilah, tagline ‘Nak, mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah’ merupakan idea daripada anak lelakinya.
Menerusi perkongsian di podcast apaceritapodcast, bila tagline berkenaan diletakkan di papan iklan yang paling besar, dapat menjentik mana-mana hati anak yang tidak dapat belikan ibunya telekung berkenaan.
Curious about the story behind the famous campaign, “Nak, Mak teringin nak pakai telekung Siti Khadijah”? We asked Puan Padzilah on the @apaceritapodcast! Tune in to hear her thoughts and the insightful journey behind this iconic campaign. Don’t miss it!
“Waktu tu anak kedua saya, Munzir sebagai CMO keluarkan kempen tu. Bila letak tagline tu, rasa macam berdosa pulak tak beli untuk mak.
“Tapi kalau tak beli, at least dia ingat mak dia, lama tak call mak, lama tak tanya mak. Itu yang penting,” katanya.
Ketika pengacara memuji cara ‘pujukan’ atau tarikan perniagaan jenama berkenaan, Puan Padzilah mengatakan setiap bisnes yang dijalankan kena selari dengan agama.
Katanya juga tagline berkenaan memberikan kesan yang cukup baik dalam perniagaan tersebut. Walaupun hanya tagline digunakan (tanpa gambar/objek), namun jenama berkenaan mampu membuktikan dapat menarik ramai pelanggan.
The post Pengasas jenama telekung Siti Khadijah kongsikan disebalik tagline yang menarik perhatian ramai appeared first on The Reporter.





