Pengerusi kuil Dengkil dibebas atas pertuduhan menceroboh

5 Aug 2026 • 4:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengerusi kuil Dengkil dibebas atas pertuduhan menceroboh

SHAH ALAM – Seorang pengerusi kuil yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan menceroboh tanah persendirian di Jalan Dredging Selangor, Dengkil dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Perkara itu disahkan peguam, Latheefa Koya yang mewakili M.Paramaguru, 49, dalam prosiding di hadapan Hakim Dr.Hazlina Hussain selepas mahkamah membenarkan permohonan Paramaguru untuk membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Latheefa berkata, mahkamah mendapati pertuduhan dikenakan ke atas anak guam mempunyai kecacatan yang tidak boleh diperbaiki.

Beliau berkata, kuil terbabit terlibat dalam pertikaian berhubung status tanah dengan pemilik tanah persendirian.

“Hakim berpendapat kertas pertuduhan itu gagal mendedahkan bahawa Paramaguru, yang juga seorang pengawal keselamatan, mempunyai niat yang diperlukan untuk memenuhi elemen kesalahan jenayah menceroboh,” kata peguam itu yang turut dibantu peguam Rajesh Nagarajan.

Justeru mahkamah berpandangan bahawa jika kes itu diteruskan dengan perbicaraan, ia hanya akan membazirkan masa mahkamah.

Semasa prosiding pendakwaan diwakili Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammed Heikal Ismail.

Pada 9 Februari lalu, Paramaguru didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan menceroboh tanah persendirian di Jalan Dredging Selangor, Dengkil pada Jun tahun lalu.

Paramaguru membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menceroboh masuk tanah persendirian milik Datuk Suhaili Ahmad pada 19 Jun tahun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pengerusi kuil Dengkil dibebas atas pertuduhan menceroboh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved