Pengganggur tidak mengaku amang seksual fizikal remaja perempuan di hotel

6 Aug 2026 • 1:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengganggur tidak mengaku amang seksual fizikal remaja perempuan di hotel
Tertuduh tidak mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada 1 Ogos lalu.

MELAKA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Asroy Razali, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di sebuah hotel di Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, dalam daerah Melaka Tengah, sekitar jam 8 pagi pada 1 Ogos lalu.

Difahamkan, mangsa mengenali tertuduh sebelum tampil membuat laporan polis susulan kejadian berkenaan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK 2017) yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan mencadangkan jaminan sebanyak RM18,000 selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan serta melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menjaga ibu bapanya terutama bapanya yang sakit jantung.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 8 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved