Penggiat seni, pembuat filem perlu diberi ruang terbuka

LocalMovie
24 Aug 2026 • 6:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penggiat seni, pembuat filem perlu diberi ruang terbuka

PETALING JAYA: Keterbukaan perlu diberikan kepada penggiat seni dan pembuat filem di negara ini supaya bidang itu terus berkembang dan kekal relevan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan perlu disesuaikan dengan acuan nilai dan budaya tempatan, selain mengekalkan identiti masyarakat Malaysia.

“Saya tidak mahu digambarkan liberal. Tetapi terus terang saya katakan, sekiranya mahu negara maju, tentu kita harus terima kenyataan anak muda dan khalayak mahu bebas dan terbuka.

“Namun, itu tidak bermakna kita nak terima acuan barat dan acuan timur pula tidak bermakna mengikut acuan neokonservatif. Kalau industri ini terus tertutup, saya bimbang industri seni negara akan tertutup,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini.

Anwar berkata, industri filem perlu berkembang dengan mengangkat budaya Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai identiti tersendiri.

“Sebab itu kita tambah ruang untuk teater, sastera dan seni kerana bidang-bidang ini memberikan corak yang berbeza kepada negara. Tidak ramai yang menonton filem tempatan atau mengikuti perkembangan industri seperti sehebat zaman dahulu.

“Tetapi satu perkara yang tidak boleh kita mungkiri ialah tanggungjawab untuk memastikan bukan sahaja industri ini berjaya, malah penggerak, pelakon, penggiat seni dan seluruh jentera yang menghasilkan karya turut diberikan perhatian.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penggiat seni yang telah menjayakan perkembangan bidang ini dan melonjakkan industri ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana karya seni turut mempamerkan sikap, nilai dan budaya sesebuah negara,” jelasnya.

Anwar ketika mengimbas pengalamannya mengajak cucu menonton filem Melayu berkata, generasi muda hari ini semakin kurang berminat terhadap karya tempatan.

Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan generasinya yang membesar dengan filem Melayu termasuk karya terbitan Shaw Brothers.

“Sejujurnya mereka agak keberatan dan tidak begitu teruja kerana menganggap datuk mereka sudah tua. Namun, ternyata usaha itu berjaya. Salah seorang daripada cucu saya berkata, ini merupakan salah satu filem terbaik pernah dia tonton.

“Bayangkan sebelum ini mereka tidak pernah menonton filem yang berusia sekitar lebih 70 tahun. Jadi ini sesuatu yang perlu sebagai sebahagian tanggungjawab kita untuk memberi pendedahan kepada mereka,” jelasnya. – UTUSAN 

The post Penggiat seni, pembuat filem perlu diberi ruang terbuka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved