Pengguna Apple Disarankan Mengemaskini Sistem Operasi Peranti Ke Versi iOS Dan iPadOS 27.2 Terbaru

LocalTechnology
5 Nov 2026 • 5:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna Apple Disarankan Mengemaskini Sistem Operasi Peranti Ke Versi iOS Dan iPadOS 27.2 Terbaru

Pada minggu lalu, Apple telah memperkenalkan kemaskini sistem operasi Apple iOS dan iPadOS kepada versi terbaru, iaitu iOS 27.2 dan iPadOS 27.2 untuk mengelakkan isu-isu kerentanan sekuriti yang diperlihatkan pada versi sistem operasi sebelum ini.

Kemaskini iOS dan iPadOS 27.2 dilaporkan menutup kerentanan merentasi 80 komponen dan perisian dalam peranti, termasuklah WebKit, Kernel, ImageIO, CoreMedia, CoreGraphics, FontParser, Wi-Fi, Bluetooth dan Apple Intelligence dan lain-lain.

Image from: Pengguna Apple Disarankan Mengemaskini Sistem Operasi Peranti Ke Versi iOS Dan iPadOS 27.2 Terbaru

Kerentanan sekuriti yang ditemui baru-baru ini akan membolehkan pihak penggodam untuk:

  • Pelaksanaan kod jarak jauh melalui kandungan web berniat jahat (WebKit) – pengguna hanya perlu melawat laman web yang direka khusus atau membuka kandungan web di dalam sesuatu aplikasi.
  • Keluar daripada persekitaran terasing (sandbox) WebContent oleh penggodam secara jarak jauh, yang membolehkan rantaian eksploitasi pelbagai peringkat.
  • Kerosakan memori kernel dan pendedahan memori kernel oleh aplikasi hasad, yang membolehkan peningkatan keistimewaan atau kompromi sistem.
  • Akses tanpa kebenaran kepada data pengguna yang sensitif dan pemintasan ciri Privasi (Foto, Kenalan, Kalendar, Siri, Pintasan, Masa Skrin, Fail).
  • Akses kepada kamera atau Bluetooth tanpa persetujuan pengguna; pemintasan pengesahan sijil melalui aplikasi hasad.
  • Kebocoran alamat e-mel sebenar pengguna semasa menggunakan ciri ‘Hide My Email’.
  • Akses jarak jauh kepada data sensitif melalui Apple Intelligence (model iPhone 15 Pro dan keatas).
  • Kerosakan memori atau penafian perkhidmatan (denial-of-service) oleh penggodam yang berada dalam lingkungan capaian radio Wi-Fi atau Bluetooth.
  • Kerosakan memori yang berpunca daripada imej, fon, fail PDF, fail audio/video, model 3D dan jemputan kalendar yang direka khusus.

Jika anda menggunakan peranti-peranti Apple yang disenaraikan, anda disarankan untuk mengemaskini peranti-peranti ini kepada sistem operasi 27.2 yang terbaru untuk mengurangkan risiko peranti anda dikompromi:

  • Apple iPhone 11 keatas
  • iPad Pro 12.9 inci generasi ke-4 keatas
  • iPad Pro 11 inci generasi ke-2 keatas
  • iPad Air generasi ke-4 keatas
  • iPad generasi ke-9 keatas
  • iPad Mini generasi ke-6 keatas

Untuk peranti Apple yang masih menggunakan sistem operasi iOS 26 ataupun 18, mereka disarankan untuk mengemaskini sistem operasi ke versi OS yang terbaru untuk mendapatkan kemaskini sekuriti yang terkini.

Pengguna juga disarankan untuk mendapatkan kemaskini secara terus daripada menu tetapan dalam peranti, dan untuk tidak klik sebarang pautan daripada SMS, emel, WhatsApp ataupun platform media sosial.

Sumber: MyCERT

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved