Bukan Sekadar Curi Data, Ganggu Bekalan Makanan! Ini 12 Negara Yang Dilaporkan Jadi Sasaran Serangan Siber

TechnologyLifestyle
5 Nov 2026 • 6:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft peti sejuk

Serangan siber bukan lagi perkara asing dalam dunia teknologi hari ini dan bentuk serangan kini dilihat makin lama makin memburuk! Beberapa negara kini dilaporkan berdepan insiden keselamatan siber yang mengganggu operasi perniagaan, sistem kerajaan dan perkhidmatan penting kepada orang awam.

Terbaharu, beberapa negara Eropah dilaporkan mengalami serangan terhadap sistem peti sejuk dan peti beku pasar raya sehingga menyebabkan stok makanan terpaksa dibuang.

Selain itu, Ukraine dan Rusia turut berdepan insiden penggodaman aplikasi amaran kecemasan yang menyebabkan orang ramai menerima notifikasi ancaman palsu. Berikut antara negara yang dilaporkan terjejas sekitar Oktober hingga awal November 2026.

Artikel berkaitan : Bekalan Makanan Boleh Terganggu! Peti Sejuk Beku Puluhan Pasar Raya Di Eropah Bertukar Panas Akibat Serangan Siber

Artikel berkaitan : “Tenang tapi waspada” – PMX Dedah Malaysia Berpotensi Jadi Sasaran Serangan Siber, Minta Rakyat Jangan Panik

1. Belgium

Belgium antara negara yang terjejas dalam insiden serangan terhadap sistem penyejukan pasar raya pada 2 November 2026. Kira-kira 15 cawangan Carrefour dilaporkan mengalami gangguan, selain beberapa rangkaian pasar raya lain yang turut berdepan masalah sama.

2. Estonia

Sebuah pasar raya di Estonia dilaporkan mengalami gangguan pada sistem penyejukannya sehingga suhu peti sejuk meningkat kepada kira-kira 50 darjah Celsius. Keadaan itu menimbulkan risiko terhadap keselamatan stok makanan yang disimpan di dalamnya.

3. Finland

Beberapa kedai di bawah rangkaian pasar raya Kesko di Finland dilaporkan mengesan perubahan suhu tidak normal pada sistem penyejukan mereka. Pihak berkaitan kemudian menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca gangguan tersebut dan kemungkinan kaitannya dengan serangan siber.

4. Ireland

Di Ireland, sebanyak 13 cawangan pasar raya SuperValue dilaporkan terjejas akibat insiden yang mengganggu sistem penyejukan. Keadaan tersebut turut menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan makanan yang memerlukan suhu penyimpanan tertentu.

Screenshot 2026 11 05 173700

5. Itali

Itali turut dilaporkan mengalami gangguan sistem penyejukan pasar raya dalam insiden pada 2 November 2026. Selain itu, laman web Kementerian Luar Negeri negara berkenaan juga pernah menjadi sasaran serangan siber pada 8 Oktober lalu, namun serangan tersebut berjaya dikawal tanpa menjejaskan perkhidmatan.

Screenshot 2026 11 05 174422

6. Luxembourg

Beberapa cawangan pasar raya Delhaize di Luxembourg dilaporkan mengalami masalah pada sistem penyejukan susulan insiden siber berkenaan. Gangguan itu menyebabkan pihak pengurusan perlu memantau keadaan peti sejuk dan peti beku bagi mengelakkan stok makanan terjejas.

7. Belanda

Beberapa kedai runcit kecil di Belanda turut dilaporkan mengalami gangguan pada sistem penyejukan mereka. Insiden ini menunjukkan bahawa serangan siber bukan hanya menyasarkan rangkaian perniagaan besar, malah turut boleh memberi kesan kepada premis perniagaan yang lebih kecil.

8. Portugal

Di Portugal, kumpulan pasar raya Mosqueteiros mengesahkan tujuh cawangan Intermarché terjejas akibat serangan yang dipercayai melibatkan penyedia perkhidmatan luaran bagi sistem penyejukan. Insiden itu menyebabkan operasi penyimpanan makanan di beberapa premis terbabit terganggu.

9. Sweden

Rangkaian pasar raya Coop di Sweden mengesahkan enam cawangan mereka terjejas dalam insiden tersebut. Beberapa kedai ICA turut dilaporkan mengalami masalah suhu pada peti sejuk dan peti beku, sekali gus menimbulkan risiko kerosakan terhadap barangan makanan.

Screenshot 2026 11 05 174751

10. Ukraine

Pada 1 November 2026, aplikasi amaran serangan udara Ukraine dilaporkan digodam sehingga menghantar notifikasi palsu kepada pengguna. Antara amaran yang diterima termasuk ancaman radiasi, serangan kimia dan pertempuran di jalanan. Pihak Tentera Udara Ukraine kemudian memberi amaran supaya orang ramai tidak mempercayai notifikasi berkenaan.

 

11. Rusia

Beberapa jam selepas insiden di Ukraine, aplikasi Kementerian Kecemasan Rusia turut dilaporkan menjadi sasaran serangan siber. Pengguna menerima amaran palsu kononnya peluru berpandu nuklear telah dilancarkan ke seluruh wilayah negara itu. Bagaimanapun, pihak berkuasa menjelaskan sistem amaran utama seperti siren, SMS, televisyen dan radio tidak terjejas.

12. Perancis

Perancis turut berdepan serangan terhadap sistem penyejukan pasar raya pada 12 Oktober 2026 yang dilaporkan menjejaskan ratusan kedai. Terbaharu, sistem pemantauan dan kawalan penyimpanan sejuk di tiga kemudahan serantau perkhidmatan darah negara itu turut terjejas. Bagaimanapun, bekalan darah dilaporkan selamat selepas kakitangan memindahkannya ke peti sejuk lain.

Insiden-insiden ini menunjukkan bahawa serangan siber bukan lagi sekadar melibatkan kecurian maklumat atau pencerobohan akaun peribadi. Sebaliknya, ia berpotensi mengganggu operasi perniagaan, sistem keselamatan negara dan kemudahan penting yang digunakan orang ramai setiap hari.

Sumber: Euronews, Reuters 1, Reuters 2, Kementerian Luar Negeri Itali

Sumber: Berita RTMSumber: Gambar Hiasan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved