Pengguna berhak bayar lebih murah kalau harga di rak, kaunter berbeza

LocalBusiness & Finance
3 Sep 2026 • 3:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pengguna berhak bayar lebih murah kalau harga di rak, kaunter berbeza

PETALING JAYA – Pengguna berhak mendapatkan harga lebih rendah sekiranya harga barangan yang dipamerkan di rak berbeza dengan harga dikenakan ketika membuat pembayaran di kaunter.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, perkara itu selaras dengan Garis Panduan Penandaan Harga sekiranya terdapat dua harga berbeza bagi barangan sama.

Menurutnya, pengguna tidak seharusnya menganggap remeh situasi seperti barangan yang dipamerkan pada harga RM10 di rak tetapi menjadi RM12 ketika membuat pembayaran.

“Mungkin ada yang akan berfikir, ‘Tak apalah, beza RM2 sahaja.’ Tetapi kalau perkara yang sama berlaku kepada ramai pengguna setiap hari, ini bukan lagi soal RM2 semata-mata,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Jelas Fuziah, pengguna perlu membiasakan diri melihat dan menyemak harga sebelum membuat pembayaran kerana mereka berhak mengetahui dengan jelas harga sebenar barangan yang dibeli.

Katanya, sekiranya harga di kaunter berbeza dengan harga dipamerkan, pengguna disaran mengambil gambar tanda harga di rak, menyimpan resit serta mendapatkan penjelasan daripada pihak premis.

“Di bawah Garis Panduan Penandaan Harga, sekiranya terdapat dua harga berbeza bagi barang yang sama, hak kita sebagai pengguna adalah mendapatkan harga yang lebih rendah. Apa yang lebih penting, hak kita sebagai pengguna hanya benar-benar berkesan jika kita tahu bagaimana untuk menggunakannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pengguna berhak bayar lebih murah kalau harga di rak, kaunter berbeza appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved