Pengguna Ke Genting Highlands Akan Mula Dicaj Mulai Khamis Ini

LocalTravel
26 May 2026 • 10:23 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Pengguna Ke Genting Highlands Akan Mula Dicaj Mulai Khamis Ini

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bermula Khamis (28 Mei) ini, pengguna jalan raya di laluan Genting Highlands akan dikenakan caj masuk ke pusat peranginan itu.

Ini kerana pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB) akan melaksanakan caj jalan raya dalam dua fasa bermula 28 Mei dan 28 Jun 2026.

Semua Pengguna Yang Dibenarkan Akan Dikenakan Caj, Ada Kumpulan Yang Dikecualikan Dari Bayaran

Jelas LCSB, caj jalan tersebut akan dikenakan kepada semua pengguna jalan raya yang dibenarkan ketika memasuki Jalan Genting Highlands berkuat kuasa 28 Mei ini namun ada kumpulan yang dikecualikan dari dikenakan caj tersebut.

Bayaran berkenaan akan dikutip di Pintu Masuk Genting Highlands yang terletak di Genting Sempah serta Pintu Masuk Gohtong Jaya di bulatan Gohtong Jaya.

Kadar Caj Masuk Yang Dikenakan Mengikut Jenis Kenderaan

Berikut kami kongsikan kadar caj jalan raya yang dikenakan mengikut jenis kenderaan

KelasJenisPintu Masuk Genting HighlandsPintu Masuk Gohtong Jaya
1Kereta/ VanRM5.00RM5.00
2Lori SederhanaRM15.00RM15.00
3Lori BeratRM25.00RM25.00
4TeksiRM3.30RM3.30
5BasRM5.00RM5.00

Jelas LCSB, kenderaan dari kelas 2,3,4 dan 5 perlu memasuki Lorong Khas atau lorong pengecaman plat lesen (LPR).

Siapa Yang Dikecualikan Dari Caj Jalan Raya Genting Highlands?

Menurut LCSB, terdapat kumpulan pengguna jalan raya yang dikecualikan dari membuat caj atau pendaftaran.

Kumpulan tersebut adalah:

1. Dikecualikan (Tidak perlu mendaftar)

  • Kenderaan kecemasan
  • Motosikal

2. Dikecualikan (Perlu mendaftar dan masuk melalui LPR atau Lorong Khas)

Kesemua kenderaan persendirian milik penjawat awam yang bekerja di institusi kerajaan yang dikenal pasti di Genting Highlands seperti:

  • SK Sri Layang
  • SMK Sri Layang
  • Institut Aminuddin Baki
  • Balai Polis Genting Highlands
  • Balai Polis Gohtong Jaya
  • Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands
  • Klinik Desa Sri Layang
  • Pejabat Daerah Kecil Genting Highlands
  • Pejabat Daerah dan Tanah Bentong
  • Pejabat Cawangan Majlis Perbandaran Bentong (Cawangan Genting Highlands)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang (Cawangan Genting Highlands)

LCSB Akan Daftar 2 Kenderaan Kelas 1 Bermula 28 Jun Ini, Penduduk Tetap Akan Nikmati Kadar 10% Lebih Rendah

Pada masa yang sama, LCSB menjelaskan pihaknya akan mendaftar sehingga dua kenderaan kelas 1 (kenderaan berdaftar) bermula 28 Jun ini buat penduduk tetap Genting Highlands yang layak.

Kumpulan ini akan menikmasti kadar keutamaan 10% lebih rendah dari kadar biasa dengan kemasukan menerusi Lorong LPT atau Lorong Khas.

“Kenderaan berdaftar tidak akan dikenakan sebarang caj sebelum 28 Jun 2026,” kata mereka.

LCSB Perkenal Pas Bermusim Buat Penduduk Tetap Berdaftar

Malah sebagai tambahan, LCSB akan memperkenalkan skim pas bermusim selama enam bulan buat penduduk tetap berdaftar.

Pas ini akan melayakkan pemegang masuk tanpa had ke Jalan Genting Highlands sepanjang tempoh sah laku pas berkenaan menerusi laluan LPR atau Lorong Khas serta mendapat kemudahan yang lebih baik sekaligus dapat menjimatkan kos.

“Penduduk tetap yang berminat boleh mendapatkan pas bermusim dengan mengemukakan permohonan dan membuat pembayaran diperlukan,” ujarnya.

Terdahulu, Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan ada bayaran dikenakan buat kenderaan yang memasuki laluan Genting Highlands.

Tegas mereka, bayaran berkenaan adalah perlu memandangkan kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer dan cerun di jalan persendirian itu ditangguh sepenuhnya oleh syarikat tersebut sejak tahun 1960-an.

Baca Artikel Berkaitan: Genting Malaysia Sahkan Akan Kenakan Bayaran Untuk Pengguna Jalan Genting Highlands

Baca Artikel Berkaitan: Jalan Naik Genting Highlands Tak Berlubang & Dijaga Dengan Baik. Ini Sebabnya