Tol Genting Highlands Mengenakan Bayaran Hujung Minggu Ini Bermula RM5 Untuk Kereta

LocalTravel
26 May 2026 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tol Genting Highlands Mengenakan Bayaran Hujung Minggu Ini Bermula RM5 Untuk Kereta

Bagi mereka yang gemar berkunjung ke Genting Highlands untuk beristirahat, kini perjalanan anda akan dikenakan caj. Tol ini mula berkuat kuasa pada 28 Mei 2026 dan akan dilaksanakan dalam dua fasa.

Image from: Tol Genting Highlands Mengenakan Bayaran Hujung Minggu Ini Bermula RM5 Untuk Kereta

Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB) memaklumkan bahawa semua pengguna jalan raya (kecuali mereka dalam kategori pengecualian) wajib membayar caj ketika memasuki Jalan Genting Highlands. Bayaran akan dikutip di dua pintu masuk utama iaitu Genting Sempah dan bulatan Gohtong Jaya. Untuk kadar bayaran.

KelasBayaran Tol
Kelas 1 (Kereta dan Van)RM 5
Kelas 2 (Lori Sederhana)RM 15
Kelas 3 (Lori Berat)RM 25
TeksiRM 3.30
BasRM 5
MotosikalPercuma
Kenderaan Kecemasan/Penjawat AwamPercuma

Tujuan caj ini adalah untuk mengumpul dana bagi kerja penyelenggaraan jangka panjang. Dana tersebut akan digunakan untuk menurap semula jalan, mengukuhkan cerun, menambah sistem pemantauan, memperbaiki saliran serta menyediakan tindak balas kecemasan sekiranya berlaku tanah runtuh, batu jatuh atau cuaca buruk.

Pada fasa kedua yang bermula 28 Jun 2026, penduduk tetap Genting Highlands boleh mendaftar sehingga dua kenderaan Kelas 1 untuk menikmati diskaun sebanyak 10%. Selain itu, mereka juga boleh memohon pas musim 6 bulan yang membolehkan kemasukan tanpa had sepanjang tempoh sah laku. Pas ini boleh digunakan melalui Lorong LPR atau Lorong Khas bagi memberikan kemudahan lebih baik serta penjimatan kos.