Pengguna OnePlus 11 Mula Menerima Kemas Kini OxygenOS 15 Dengan Ciri AI

TechnologyDigital
11 Dec 2024 • 10:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 11 iaitu peranti mercu kegemaran saya pada awal tahun 2023 kini menjadi semakin menarik untuk digunakan. Bukan sahaja kamera Hasselblad yang menjadi semakin cantik, tetapi baru-baru ini ia mula menerima kemas kini OxygenOS 15 berasaskan Android 15.

image is not available

Apa yang menarik dengan kemas kini ini adalah, OnePlus 11 turut menyokong pelagai ciri AI generatif yang sama pada OnePlus 12 atau peranti mercu Oppo. Beberapa ciri AI dikuasakan oleh AndesGPT dan yang lain dikuasakan oleh Gemini Nano. Sokongan Circle to Search, ciri AI menjana teks, ciri pemadam AI dan pemadam pantulan pada aplikasi galeri turut disokong.

Buat masa ini, kemas kini yang bersaiz 3.59GB ini hanya diberikan kepada pengguna beta di India. Ia adalah kemas kini versi akhir, bermakna tidak lama lagi versi global turut akan diedarkan. Jika anda masih menggunakan OnePlus 11 dan skrin tiada masalah lightsaber hijau, nantikan kemas kini ini.