Pengguna Perodua Perlu Tahu! Ini Yang Terjadi Jika Tertekan ‘Push Start Button’ Semasa Memandu [Video]

LocalCars
22 Sep 2025 • 3:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Kebanyakan kereta zaman sekarang dilengkapi dengan sistem teknologi tanpa kunci (keyless entry) bagi memudahkan pemandu memasuki kereta dan menghidupkan enjin dengan ciri ‘push start button’.

Berbanding dahulu, pemilik kereta harus menekan tombol pada kunci untuk membuka kenderaan dan memasukkan kunci dalam slot bagi menghidupkan enjin, namun kini semuanya di hujung jari sahaja.

Tidak dinafikan, sistem push start button amatlah memudahkan, namun apa yang akan terjadi sekiranya butang terbabit tertekan semasa sedang memandu?

SA Perodua tampil tunjuk apa terjadi jika butang push start tertekan semasa memandu

Susulan itu, seorang lelaki yang juga penasihat jualan Perodua dikenali sebagai Faiz telah tampil menjelaskan apa yang terjadi jika pengguna jenama kenderaan tempatan itu berhadapan dengan situasi berkenaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, dia yang sedang memandu sebuah Myvi Facelift model Advance menunjukkan apa yang akan berlaku sekiranya pemandu atau penumpang tertekan butang berkenaan.

Menurutnya, situasi tertekan push start button boleh terjadi kepada pemilik kereta Myvi, Alza, Axia dan Ativa kerana butang terbabit berada di sebelah kiri pemandu yang boleh dicapai penumpang hadapan.

Enjin tak akan mati, melainkan push start button ditekan tiga kali secara laju

Dalam video terbabit, kelihatan enjin Myvi berkenaan tidak mati meskipun Faiz menekan butang push start berkali-kali semasa sedang memandu.

Bagaimanapun, jelasnya, enjin kenderaan akan mati sekiranya butang tersebut ditekan secara laju sebanyak tiga kali.

Menurutnya lagi, ciri terbabit adalah untuk membantu penumpang mematikan enjin kereta sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap pemandu seperti terkena serangan sawan dan sebagainya.

Enjin mati tapi kereta masih boleh dikawal

Dalam keadaan enjin mati, kereta akan bergerak perlahan dan masih lagi boleh dikawal dengan menggunakan stereng dan pedal brek berfungsi sepenuhnya.

Sekiranya enjin telah mati, kereta dapat dihidupkan semula setelah ia berhenti sepenuhnya dan gear telah diletakkan pada bahagian ‘P’ (Parking). Hidupkan seperti biasa, pijak pedal brek dan tekan butang push start.

@izz_perodua.jb Push start button tertekan masa drive , engine mati ? #perodua #peroduajohorbahru #fypageシ ♬ original sound – faiz.peroduajb